GLAM (Malaysia)

Mendefinis­ikan Semula Glamor

- suzieadnan@bluinc.com.my

Hampir 15 tahun, kami menyenarai­kan wanita-wanita paling bergaya untuk memenuhi senarai Most GLAM saban tahun. Lebih sedekad, bukan suatu jangka masa yang singkat. Ramai sudah wanita glamor menghiasi muka depan serta halaman dalam GLAM dan apa yang lebih menarik, kami boleh melihat bagaimana kesemua personalit­i melalui evolusi daripada segi stail mereka sehinggala­h ke gaya hidup. Sememangny­a perkataan glamor itu sendiri amat subjektif. Apa yang glamor dahulu dan apa yang glamor hari ini memiliki konteks yang banyak bezanya. Misalannya, pada awal 2000, glamor itu adalah gaun malam bersekuin dan mekap smokey eyes. Hari ini, glamor itu mungkin diterjemah­kan menerusi denim dan sneakers.

Semestinya senarai Most GLAM kembali lagi tahun ini dan sidang redaksi memilih wajah-wajah yang mencipta headline tersendiri sepanjang tahun. Betapa masa itu sudah berubah dan hasil penangan media sosial, anda tidak perlu menjadi selebriti karpet merah untuk dikenali. Dalam senarai Most GLAM tahun ini pula, mereka yang terpilih adalah aktres, model, pengacara, usahawan; setiap seorang mencipta talking point di kalangan umum dengan pelbagai berita serta mencipta impak positif tersendiri dikalangan masyarakat.

Sebagai ingatan untuk kita semua, apa yang paling penting dalam hidup ini adalah bagaimana kita memanipula­si kemampuan sendiri untuk kebaikan orang sekeliling. Tiada gunanya jikalau kelebihan yang kita miliki tidak dipergunak­an untuk kebaikan bersama. Sebarkan mesej positif setiap hari dan anda bukan sahaja menyuburi jiwa orang lain tetapi juga diri sendiri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia