GLAM (Malaysia)

PESONA LOKAL GLOBAL

- OLEH AIZAT A IDID

Minggu Fesyen yang bermula di New York dan berakhir di Paris baru sahaja selesai. Pesta fesyen tersebut meriah dengan himpunan baru yang bakal disarungka­n oleh kita semua tahun hadapan. Tidak hanya itu, pesta fesyen ini juga diraikan dengan para jemputan global yang terbang membelah awan untuk menghadiri setiap acara. Jika dibandingk­an dengan lima tahun lalu, saya cukup bangga melihat barisan utama acara fesyen dunia kini diserikan dengan wajah-wajah global termasukla­h mereka yang berasal daripada Malaysia. Personalit­i lokal kita tidak lagi dipandang sepi. Kehebatan mereka kian terpancar. Dan obor yang pernah dibawa oleh Camelia dulu diteruskan nyalaannya oleh mereka sekarang ini.

Jika sepuluh tahun yang lalu, saya seakan tidak sabar menantikan GLAM keluaran Mac atau September kerana mahu melihat apa yang disarungka­n oleh Camelia kala terbang ke Paris untuk menyaksika­n pertunjuka­n Chanel, kini segalanya lebih pantas dengan aplikasi media sosial. Jurang di antara ikon fesyen dengan peminat mereka semakin kecil. Musim ini ramai personalit­i lokal terbang untuk memenuhi undangan jenama antarabang­sa. Bermula di New York yang menyaksika­n Nur Fazura duduk di barisan utama menonton pertunjuka­n Coach dan kemudian di undang pula ke belakang pentas beramah mesra dengan Stuart Vevers. Scha Alyahya dan Awal Ashaari juga ke New York untuk Tory Burch dan Michael Kors manakala Neelofa pula menerima jemputan ke Dior.

Bukan sahaja selebriti tanah air yang dijemput untuk ke acara penting ini, malahan jenama luar negara juga sudah percaya pada personalit­i media sosial lokal. Kala di New York saya berparti dengan Jane Chuck, Brian See, Ashley Lau dan Daphne Charice. Minggu Fesyen Milan pula bertambah serinya dengan kemunculan Vanice Min. Cerita fesyen bukan hanya pada pentas pertunjuka­n kerana Yuna diberikan akses belakang tabir oleh MAC Cosmetics. Maka, jika masih ada yang tidak percaya dengan kuasa lokal, mungkin mereka boleh ambil masa untuk melihat sekeliling dan mula hargai

eksport fesyen lokal sendiri.

 ??  ?? EMPAT PERSONALIT­I MEDIA SOSIAL MALAYSIA YAKNI, JANE CHUCK, BRIAN SEE, ASHLEY LAU DAN DAPHNE CHARICE MEMERIAHKA­N MINGGU FESYEN NEW YOR
EMPAT PERSONALIT­I MEDIA SOSIAL MALAYSIA YAKNI, JANE CHUCK, BRIAN SEE, ASHLEY LAU DAN DAPHNE CHARICE MEMERIAHKA­N MINGGU FESYEN NEW YOR
 ??  ?? KASUT SPORTMAX
KASUT SPORTMAX
 ??  ?? SCHA ALYAHYA BERSAMA AWAL ASHAARI KETIKA MENGHADIRI PERTUNJUKA­N FESYEN MICHAEL KORS COLLECTION DI NEW YORK
SCHA ALYAHYA BERSAMA AWAL ASHAARI KETIKA MENGHADIRI PERTUNJUKA­N FESYEN MICHAEL KORS COLLECTION DI NEW YORK
 ??  ??
 ??  ?? RA FAZU NUR PUT DIJEM RA SECA LUSI FKE EKSKKANG AMA BELA BERS AS PENTARAH H, PENG COAC TIF RS KREA VEVE RT STUA
RA FAZU NUR PUT DIJEM RA SECA LUSI FKE EKSKKANG AMA BELA BERS AS PENTARAH H, PENG COAC TIF RS KREA VEVE RT STUA
 ??  ?? BEG GIVENCHY
BEG GIVENCHY
 ??  ?? CLUTCH STUART WEITZMAN
CLUTCH STUART WEITZMAN
 ??  ?? JAM TANGAN SWAROVSKI
JAM TANGAN SWAROVSKI
 ??  ?? RANTAI SALVATORE FERRAGAMO
RANTAI SALVATORE FERRAGAMO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia