GLAM (Malaysia)

GET YOUR NEW LOOK

Mulakan tahun baru dengan transforma­si imej. GLAM mendapatka­n khidmat Salun Hair Quarters untuk menyuntik mood segar!

-

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya. Justeru itu, apakah resolusi baru anda? Siapapun pasti menanamkan slogan new year, new me dan lebih menarik jika soal gaya imej juga turut diselit dalam menyambut tahun baru. Saya pasti ada juga yang berasa mengubah gaya rambut seakan meninggalk­an kisah lalu dan membenarka­n kenyataan bahawa rambut adalah mahkota bagi wanita. Ungkapan ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana rambut adalah lambang peribadi dan imej seseorang.

Seperti wanita lain, saya juga merasakan sudah tiba masanya untuk menyambut tahun baru dengan transforma­si gaya yang segar. Minggu lalu, saya berpeluang berkunjung ke salun Hair Quarters di Pavilion kerana mahu menukar gaya rambut bagi membangkit­kan mood new year, new hair! Setiba di sana saya disambut mesra oleh penata rambut dan membuat keputusan untuk menukar warna rambut agar penampilan lebih menarik. Pertama sekali rambut saya diuji untuk memastikan jika terdapat sebarang masalah rambut sebelum melakukan rawatan yang diingini dan disusuli dengan rawatan Pre-art selama 10 minit di mana ia bertindak sebagai filler bagi memberi keseimbang­an pada keadaan rambut agar warna dapat bertahan lebih lama. Rambut kemudianny­a dicuci serta disapu krim bagi melindungi daripada kerosakan lain. Selepas itu bermulalah proses pewarna rambut mengikut pemilihan warna yang dipilih. Menariknya, anda bisa mendapatka­n tip daripada penata rambut mahupun idea-idea trend semasa kerana mereka sangat membantu dalam berkongsi pendapat. Proses seterusnya adalah rawatan post chemical untuk mengelakka­n kerosakan agar rambut lebih bersinar, lembut dan diikuti dengan dandanan rambut mengikut cita rasa peribadi anda. Dari segi pemilihan produk, salun Hair Quarters menggunaka­n rangkaian produk penjagaan rambut Redken dan pastinya yang terbaik buat pelanggan mereka.

Menyediaka­n ruang luas dan selesa, anda akan berasa tenang saat berada di dalam salun dengan kesungguha­n penata rambut memberi layanan terbaik dan sentuhan akhir yang memuaskan. Buat anda yang berhijab atau memerlukan privasi usah gusar kerana ruangan tertutup yang dilengkapi bilik air turut disediakan. Fashion forward dan urban, hasil akhir rambut begitu memuaskan kerana kekuatan mereka tertumpu pada sentuhan magis! Anda juga boleh mencuba tetapi saya cadangkan buat temujanji terlebih dahulu.

 ??  ?? JANICE LIM, PENGASAS HAIR QUARTERS
JANICE LIM, PENGASAS HAIR QUARTERS
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia