OLESAN SEMPURNA BEDAK MATTE

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Bedak asas adalah tunjang solekan dan kemasan solekan matte masih menjadi trend mekap masa kini walau musim silih berganti. Dengan itu, Make Up For Ever muncul dengan inovasi baharu bedak asas kompak yakni Matte Velvet Skin Powder Foundation agar solekan wajah tampak lebih kemas, ringan dan natural. Meskipun hadir dalam bentuk kompak powder, formula yang hidrasi dan kalis air langsung membuat solekan tahan sehingga 12 jam ini mampu memberi liputan sempurna menyeluruh. Memastikan keselesaan pada kulit wajah, teksturnya ringan bagaikan tidak mencalit apa-apa agar kulit bisa bernafas. Memain peranan dalam mendapatkan hasil kemasan matte, bedak asas ini hadir dengan span yang direka dalam dua fungsi berbeza di mana penggunaan span berwarna hitam bagi liputan tinggi manakala berwarna putih pula jika mahukan aplikasi nipis. Usah gusar dalam mencari rona yang sesuai dengan tona kulit kerana Matte Velvet Skin Powder Foundation hadir dalam 30 rona berbeza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.