BUCKINGHAM PALACE TOUR

GLAM (Malaysia) - - Glam Santai -

Tanggal 30 September menjadi tarikh terakhir setelah hampir tiga bulan kediaman rasmi Ratu Elizabeth II dibuka kepada orang ramai. Disepanjang tempoh tersebut, ia menjadi antara aktiviti musim panas yang paling hangat oleh warga Britain dan seluruh dunia. Antara ruang pameran yang dibuka adalah State Rooms yakni ruang yang digunakan oleh kerabat diraja Britain. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat khazanah Royal’s Collections seperti karya Vermeer, Canaletto dan Claude, koleksi arca oleh Canova serta Chantrey, hiasan Porselin Sevres dan gaya klasik perabot Inggeris dan Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.