REDEFINING LUXURY

GLAM (Malaysia) - - Glam Santai -

Luxury is always

up-to-date. Dunia automotif mewah, ciri-ciri eksotik premium seperti sistem navigasi dan keselamatan canggih, pencahayaan suasana ambien, sistem penapisan udara, kawalan pelayaran penyesuaian kelajuan penuh dan sistem infotainmen BERDEfiNISI tinggi. GLAM membentangkan pacuan eksklusif yang mesti anda miliki.

BMW I8 COUPE VARIAN INI DIDATANGKAN DENGAN ENJIN 1.5 LITER TIGA SILINDER DENGAN PENGECAS TURBO SUNTIKAN TERUS DAN PEMASAAN INJAP BOLEH UBAH VALVETRONIC MENJANA KUASA 231 HP DAN DAYA KILAS MAKSIMUM 320 NM.TEKNOLOGI DIKUASAKAN BMW EDRIVE DENGAN DRIVETRAIN TERDIRI DARIPADA MOTOR ELEKTRIK PADA GANDAR HADAPAN DAN ENJIN PEMBAKARAN DALAMAN YANG TERLETAK DI BELAKANG.TENAGA DISALURKAN MELALUI PACUAN RODA BELAKANG DAN TRANSMISI STEPTRONIC ENAM KELAJUAN SERTA MOTOR ELEKTRIK MENGGERAKKAN RODA HADAPAN DENGAN KOTAK GEAR AUTOMATIK DUA KELAJUAN. OUTPUT SISTEM KENDERAAN GABUNGAN MOTOR ELEKTRIK DAN ENJIN MAMPU MENINGKATKAN KUASA KEPADA 374 HP.

BMW 6 SERIES GT BMW 6 SERIES GRAN TURISMO. JENTERA INI DILENGKAPI DENGAN SUSPENSI ADAPTIF DENGAN KAWALAN PEREDAM DINAMIK SERTA SUSPENSI UDARA PADA GANDAR HADAPAN DAN BELAKANG. MODEL INI DIKUASAKAN ENJIN 2.0 LITER TWINPOWER TURBO YANG DIPADANKAN DENGAN TRANSMISI STEPTRONIC LAPAN KELAJUAN, IA MAMPU MENGHASILKAN 258 KUASA KUDA (HP) SERTA TORK MAKSIMUM SETINGGI 400 NM. INI MEMBOLEHKAN JENTERA ITU MENCAPAI KELAJUAN MAKSIMUM 250 KILOMETER SEJAM (KM/J) DENGAN PECUTAN 0 HINGGA 100 KM/J PADA CATATAN MASA 6.3 SAAT. MALAH IA MEMPUNYAI PENGGUNAAN BAHAN BAKAR GABUNGAN SEBANYAK 6.6 LITER BAGI SETIAP 100KM.

VOLVO XC60 VOLVO CAR MALAYSIA MELANCARKAN MODEL KENDERAAN UTILITI SUKAN (SUV) SAIZ PERTENGAHAN XC60 BAHARU DENGAN MODEL ENJIN BERKEMBAR T8 INSCRIPTION PLUS DIIMPORT SEPENUHNYA (CBU). CIRI- CIRI UTAMA PLUG- IN HYBDRID VEHICLES (PHEV) SERTA ENJIN 2.0 LITER PENGECAS TURBO DAN SUPERCHARGER. LAMPU NYALAAN SIANG (DRL) BERBENTUK TUKUL THOR, BAMPAR HADAPAN DENGAN JERIJI KROM, JARAK ASAS RODA LEBIH PANJANG, REKAAN LEBIH LEBAR DAN BUMBUNG PANORAMA. BAHAGIAN DALAMAN DITAMPILKAN DENGAN CIRI DAN KEMASAN LEBIH MEWAH GABUNGAN KAYU DAN LOGAM PADA PAPAN PEMUKA DAN PINTU, SKRIN SESENTUH SAMBUNGAN SENSOR BERSAIZ 9 INCI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.