KESEMPURNAAN SECANGKIR KOPI

GLAM (Malaysia) - - Glam Santai -

Apakah yang akan terjadi apabila lima landskap mengagumkan bersatu dengan lima proses khusus, diatur bersama dengan pakar perladangan kopi tempatan? Pastinya, teknik prosesan biji kopi memainkan peranan penting dalam profil terakhir kopi dan menerusi rangkaian kopi Master Origin, idea ini diterapkan dan menggabungkan kaedah tradisional dan baharu untuk menghasilkan lima rasa kopi yang asli dan berbeza.

BASAH DAN KUAT MELANDA KAWASAN PANTAI MALABAR DI INDIA SELAMA BERBULAN- BULAN. RAKAN PETANI DI SANA TELAH MENYEMAI KUASA MUSIM TERSEBUT UNTUK PENGHASILAN RASA KOPI YANG MENYERLAH DAN LAZAT. MASTER ORIGIN NICARAGUA PROFIL RASA MANIS DAN HARMONI TEKNIK PROSESAN MADU HITAM DI LEMBAH- LEMBAH KAWASAN TANAH TINGGI NICARAGUA. KOPI MADU HITAM DIRATAKAN DENGAN TANGAN SETIAP SEJAM DI BAWAH SINARAN CAHAYA MATAHARI YANG PANAS UNTUK MENYERAP RASA MANIS BUAH KOPI TERSEBUT. MASTER ORIGIN COLOMBIA PROFIL RASA BUAH- BUAHAN DAN BERTENAGA TEKNIK PROSESAN TEKNIK PENUAIAN LEWAT DIJALANKAN DI KAWASAN HUTAN DAN BERBUKIT TINGGI DI COLOMBIA. BUAH KOPI DIBIARKAN MATANG DI RANTINGNYA. SETIAP BUAH DIPERIKSA SETIAP HARI DAN HANYA DIPETIK APABILA IA BENAR- BENAR SESUAI. Setiap kopi Master Origin boleh dinikmati dalam bentuk Espreso (40ml) atau Lungo (110ml) dan merupakan tambahan kekal rangkaian kopi Nespresso mulai 27 Ogos 2018 di butik-butik Nespresso di seluruh dunia. Ia juga boleh didapati melalui tempahan di Pusat Khidmat Pelanggan Nespresso serta secara dalam talian di www.nespresso.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.