GLAM (Malaysia)

SOALAN PUAN SRI TIARA JACQUELINA

-

1. Projek terbaru? Tiarasa Escapes! Ia adalah resort ala “glamping” di Janda Baik, hanya 45 minit dari KL, didatangi dengan 21 khemah ala safari, dan juga lima rumah pokok! Saya dapat idea ini semasa bercuti di resort eksklusif Richard Branson di Morocco bernama Kasbah Tamadot 2. Stail anda? Denim, jaket kulit, dan topi fedora atau beret! 3. Prinsip hidup? “Do what you love, and be the BEST at what you do.” Saya seorang perfection­ist, sentiasa meletakkan tanda aras yang tinggi untuk diri sendiri dan untuk team saya di Enfiniti dan Tiarasa Escapes, supaya berfikiran world class 4. Ikon Anda

dlm hidup? Sheryl Sandberg, Richard Branson, Oprah Winfrey dan Elon Musk 5. Pencapaian terhebat? Apabila filem Puteri Gunung Ledang (The Princess of Mount Ledang) tersenarai dalam shortlist top 50 di Academy Awards 2003, menduduki kerusi pengarah buat kali pertama untuk OlaBola TheMusical 6. Glamor bagi anda adalah? Apabila anda memiliki stail sendiri, tidak terikat dengan fesyen semasa dan anda memakainya dengan penuh keyakinan 7. Anda pernah tersenarai sebagai salah seorang Most GLAM. Apa perasaan anda waktu itu? Selama ini saya tak anggap diri saya “glam” pun, haha... kecuali kalau ada pesta atau malam anugerah ke, barulah saya akan berdandan sakan! Saya bangga dan terharu tersenarai bersama ikon-ikon fesyen yang lain, thank you GLAM 8. Perkara

wajib dibawa sebelum keluar rumah? Telefon bimbit, nyawa saya! Beg mekap, dan kopi satu termos, hasil air tangan suami yang tengah berangan menjadi seorang “barista” profesiona­l, hahaha... 9. Apa list wajib yang perlu dibawa apabila travel? Kasut yang selesa untuk berjalan, denim, my

favourite black Zac Posen leather jacket, tiga beret Tahani dan beberapa skarf (versatil, dan praktik untuk digunakan bila cuaca panas atau sejuk) dan kaca mata hitam

10. Harapan anda pada Malaysia? Saya impikan sebuah Malaysia yang memberi ruang kepada anak-anak kita mengejar impian masing-masing. Nama Malaysia indah, masyhur dan disegani dunia. Rakyatnya penuh toleransi antara kaum dan senantiasa bersama bertungkus lumus untuk membangunk­an dan mengharumk­an nama negara tercinta. We cannot give up on our country.

 ??  ?? Tiara Jacquelina Eu Effendi, Pengarah, Produser dan Pelakon Filem dan Teater MusikaL. Dia juga adalah pemilik Enfiniti Academy of Musical Theatre, dan terbaru pemilik Tiarasa Escapes Resort, Janda Baik.
Tiara Jacquelina Eu Effendi, Pengarah, Produser dan Pelakon Filem dan Teater MusikaL. Dia juga adalah pemilik Enfiniti Academy of Musical Theatre, dan terbaru pemilik Tiarasa Escapes Resort, Janda Baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia