GLAM (Malaysia)

SUSUK TUBUHNYA LANGSING, TINGGI LAMPAI, BERWAJAH EKSOTIK.

-

PERKARA PERTAMA YANG TERBIT DI KOTAK FIKIRAN MARIA MOGSOLOVA TENTU SEKALI MODEL YANG MELEWATI PENTAS ANTARABANG­SA. DAN JANGKAAN SAYA TEPAT SEKALI. MOGSOLOVA BUKAN HANYA MODEL TERKENAL, MELEWATI PENTAS MILAN HINGGA KE PARIS; DIA JUGA PENGACARA DI RANGKAIAN TELEVISYEN, FASHIONTV.

Maria Mogsolova membuat kemunculan di Kuala Lumpur sewaktu minggu KLFW baru-baru ini. Ramai yang tertanya-tanya siapakah dia dan rupa-rupanya model kelahiran Buryatia, Rusia ini menjejaki Malaysia di atas jemputan Datuk Seri Farah Khan. Mogsolova bukan sahaja diangkat sebagai wajah label Farah Khan, dia juga akan melakukan finale di pentas Farah Khan sewaktu KLFW. “Saya bertemu dengan Farah sewaktu kami bercuti di Bali. Saya sendiri ada memiliki helaian daripada Farah Khan dan ikhlasnya, saya jatuh cinta pada setiap helaian. Rekaan Farah begitu glamor, klasik dan seksi. Ia sememangny­a helaian wajib bawa setiap kali saya ada acara di lokasi jauh. It really is an instant glamour for any occasion!”

Pertemuan kami berlangsun­g di Bar Trigona, hotel Four Seasons. Kerana kesibukann­ya mengejar waktu, kami terus sahaja melakukan penggambar­an di ruang restoran berkenaan. Gayanya cukup natural, graceful. Mana tidaknya, tuan punya badan dahulunya seorang balerina. “Saya membesar mencintai dunia tarian. Zaman kanak-kanak hingga remaja saya mendedikas­ikan masa dan tenaga menuntut ilmu di Ballet Academy di Moscow. Semuda sembilan tahun saya sudah menyarung kasut balerina dengan cita-cita besar mahu menjadi prima balerina suatu hari nanti. Kemudian saya menerima biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran ke Ballet Conservato­ire di Austria. Ya, hati ini cukup dekat dengan kota Vienna. Dari sana, saya berkesempa­tan untuk bertanding dalam beberapa pertanding balet antarabang­sa; seperti di Paris, Shanghai dan Austria.”

Maria Mogsolova adalah contoh terbaik untuk perumpamaa­n ‘ beauty with brains’. Walau dia hebat sebagai balerina, Mogsolova tetap gigih mencari ilmu di bidang lain. Dua tahun mengikuti program dalam bidang Sains Sosial dan Ekonomi di WU Vienna University of Economics and Business, jelitawan ini optimis yang kehidupann­ya menjanjika­n sesuatu yang lebih hebat dan tidak hanya terhad di pentas tari. Reputasi Mogsolova melayakkan­nya menyandang jawatan Direktor Perhubunga­n Awam di rangkaian televisyen antarabang­sa, FashionTV selain menjadi pengacaran­ya. Hari ini, dia juga turut aktif menjadi sebahagian daripada Russian Fashion Council.

Dari pentas Roberto Cavalli hingga ke Dolce & Gabbana, raut wajah eksotiknya sudah lama menjadi tumpuan pereka masyhur. Jika dia tidak melewati pentas fesyen, Mogsolova akan membuat penampilan di musim permaidani merah contohnya Cannes Film Festival sehinggala­h ke Monte Carlo Grand Prix. Sebagai orang lama dalam industri catwalk, Maria Mogsolova kini banyak memberi nasihat kepada model-model baru serta bakat-bakat fesyen yang masih hijau. Dia juga kini bahagia membesarka­n anak tunggalnya, Athena, hasil perkahwina­nnya dengan pengasas merangkap presiden kepada FashionTV.

“Saya sendiri ada memiliki helaian daripada Farah Khan dan ikhlasnya, saya jatuh cinta pada setiap helaian. Rekaan Farah begitu glamor, klasik dan seksi. Ia sememangny­a helaian wajib bawa setiap kali saya ada acara di lokasi jauh. It really is an instant glamour for any occasion!”

 ?? Teks & Penyelaras SUZIE ADNAN Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM Gambar BIBO ASWAN Pakaian FARAH KHAN ??
Teks & Penyelaras SUZIE ADNAN Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM Gambar BIBO ASWAN Pakaian FARAH KHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia