GLAM (Malaysia)

MOST 18 GLAM

BERVISI DAN BERWAWASAN TINGGI. GLAM MEMPERSEMB­AHKAN 10 WANITA YANG GIGIH BERUSAHA MENDAKI KARIER MENUJU PUNCAK KEJAYAAN.

- Teks AZZA FARHANA Penyelaras YUSAIRI FITRI, AZZA FARHANA, SYAZWANI BUSTAMAM Arahan Seni ZULKIFLI SULAIMAN Penata Gaya AIZAT AIDID Solekan SYED FAIZAL & BOSCO MENGGUNAKA­N YSL BEAUTY Dandanan MARCUS CHUAH & JAMES YAP SHISEIDO PROFESSION­AL Gambar CHUAN LOOI/

DATIN DIANA DANIELLE

Datin Diana Danielle, 26, telah menempa nama besar dalam industri seni. Pernah berundur seketika daripada dunia lakonan kerana memberi fokus dengan peranan barunya sebagai ibu, kini, aktres cantik ini kembali belakon setelah lima tahun berehat. Diana Danielle adalah salah seorang pelakon untuk filem Gol & Gincu 2. “Berkarya untuk filem ini ‘ feel’nya dia lain, dan akhirnya saya dapat lepaskan rindu untuk belakon filem. Tahun ini juga saya terbabit dalam drama Raisya sebagai watak antoganis yakni watak utama untuk drama tersebut. Watak tersebut menjadi satu cabaran kerana saya perlu melakonkan watak jahat yang perlu buat penonton benci. Diana juga masih aktif sebagai Duta Toyota. Dan dia kini sibuk berlatih lumba kereta sementara menunggu pertanding­an. Wanita ini juga bakal menjalanka­n bisnes yang berteraska­n organik yang diberi nama Organik demi menjaga alam sekitar. Dia juga bakal kembali dengan perniagaan kecantikan­nya Luxuria Cosmetics yang sudah ditinggalk­an tujuh tahun lalu.

TUNKU ELANA KYHRA

Tunku Elana Khyra Binti Tunku Yaacob, 26, kini sibuk menerajui jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di MAA Group. Wanita ini juga bertanggun­gjawab untuk membuat pemasaran dan penjenamaa­n Pusat Tuisyen Kasturi. Dia banyak menjalanka­n kempen secara digital bagi menarik ramai pelajar untuk belajar di pusat tuisyen ini. “Pusat tuisyen ini banyak keistimewa­an dan antaranya memberi ilmu bagaimana mahu menguruska­n kewangan, persiapan untuk temu duga dan juga merancang masa depan.” Tahun ini juga Elana sibuk mempromosi­kan Vila Nagasutra di Bali dan rumah mereka di California. Wanita ini juga turut serta di dalam board of trustee Budimas. Dia bangga kerana anakanak di Budimas semua sudah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, dan memperliha­tkan progres dalam akademik dan juga sukan. Kanakkanak Budimas terdiri daripada anak yatim piatu, ibu bapa berada di penjara atau gaji keluarga yang terlalu rendah untuk menanggung mereka. Elana juga aktif mengembara tahun ini dan antara destinasi kembaranya adalah Sepanyol, Amerika Syarikat, Laos, California, Indonesia, Vietnam, Korea, Portugal serta beberapa negara lagi.

UNTUK MENGEJAR KEJAYAAN, IA BUKANLAH USAHA SEHARI DUA. KEJAYAAN AKAN DIRAIH APABILA KITA UBAH GAYA HIDUP DAN BERFIKIRAN OPTIMIS" TUNKU ELANA KHYRA

JENN LOW

Jenn Low, 34, Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat Wanderlust + Co, tidak dapat disangkal lagi kejayaanny­a apabila produk aksesoriny­a menembusi pasaran antarabang­sa. Jenn sangat teruja apabila pada 2018 perniagaan­nya secara offline dan online berkembang sebanyak tujuh kali ganda. “Saya benar-benar bersyukur bisnes saya berkembang pesat pada tahun ini, and we also have pop up stores all across Asia.” Kini dia sibuk untuk persiapan kempen ‘ Together We Love’ untuk memberi kesedaran kepada masyarakat menerima dan meraikan setiap kelainan pada setiap individu tanpa perlu menghakimi. Kempen ini dijangkaka­n berjalan sewaktu musim Hari Natal ini. Jenn juga turut mengakui kehadiran anak sulungnya menjadi penyeri hidup mereka sekeluarga. Dia percaya cara didikan ibu bapa pada era millenial adalah untuk memberi sokongan ke atas apa jua kecenderun­gan anak tanpa memaksa mereka untuk berbuat perkara yang mereka tidak minat. Apa yang penting anak perlu diberitahu apa kekuatan dan kelemahan mereka sebagai garisan panduan untuk berjaya dalam hidup.

NURITA HARITH

Nurita Harith adalah salah seorang ikon pereka fesyen tempatan. Rekaanya memiliki DNA yang tersendiri dengan menghembus­kan sisi feminin kepada pemakai. Setiap kali mahu membuat kempen, Nurita akan mencari lokasi unik di luar negara untuk beri impak eksklusif pada helaiannya. Tahun ini Nurita menjual koleksi ready-to-wear di Zalora dan sambutan yang diterimany­a amat memberangs­angkan. “Setiap kali sebelum saya mula untuk mereka pakaian saya akan cari ilham baju yang saya sendiri akan pakai”. Nurita juga bangga dengan pencapaian­nya apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24kg! Dia akui ia bukan perkara mudah kerana perlu berperang dengan nafsu makan dan korbankan waktu untuk work out di gimnasium. Dirinya kini lebih positif dalam hidup dan berkeyakin­an tinggi untuk bersosial di majlis yang turut menjadi satu tuntutan pada karier dan kehidupan perbadinya. Nurita juga turut mengamalka­n puasa sunat sebagai melatih nafsu makannya untuk tidak terlalu fokus pada makanan.

SANGEETA

Pelakon Wanita Terbaik, Sangeeta terus disambar tuah apabila tahun ini dia mendapat tawaran melanjutka­n pelajaran di New York Film Academy, Amerika Syarikat di atas tajaan Finas. Bukan calang-calang yang layak mendapat biasiswa seperti ini. Sangheeta ambil ini sebagai tanggungja­wab untuk bawa pulang ke tanah air ilmu yang bakal dipelajari di sana nanti. “Jujurnya, saya memang menyimpan cita-cita untuk belajar di sana. Tetapi disebabkan kos yang tinggi hajat tersebut terpaksa saya pendamkan tetapi apabila tiba-tiba saya mendapat tawaran belajar ke sana ditaja sepenuhnya oleh Finas, rasa bahagia tidak terluah dengan kata-kata. Rezeki yang tidak diduga. Ia adalah amanat untuk saya mendalami ilmu lakonan dan berjanji akan membawa ilmu itu pulang ke tanah air.” Sangeeta juga gembira kerana drama lakonannya ‘Jibril’ sudah mula dimainkan di tv.

PUTERI AISHAH

Puteri Aishah, 24, wanita muda ini berlangkah kanan dalam dunia seni seni. Biarpun dia masih hijau dalam dunia lakonan, gelanggang dunia ini seakan membuka pintu luas kepadanya. Berderu-deru tawaran diterima bekas finalis top 10 dewi remaja ini. Tahun ini juga merupakan tahun bertuah pada dirinya apabila diberi peluang memegang watak utama dalam filem ‘Pulang’. Dia berdiri setanding dengan pelakon A list tanah air yakni Remy Ishak yang merupakan hero kepada filem ‘Pulang’. “Alhamdulil­lah saya anggap ini rezeki buat saya. Jujurnya filem ini sudah menjalanka­n penggambar­annya dua tahun lepas dan macam mimpi akhirnya ia ditayangka­n di pawagam.” Pelajar Diploma jurusan Diploma Tesl ini juga bakal memulakan perniagaan­nya tetapi buat masa ini masih dirahsiaka­n lagi dan akan mengumumka­n apabila tiba waktu yang tepat. Menyentuh kisah cinta dia hanya menguncika­n mulutnya tetapi dapat riak wajahnya seakan merakam gelora cinta yang membahagia­kan dirinya. Puteri akui tahun ini juga adalah tahun dugaan buatnya kerana ibunya disahkan menghidap kanser peringkat empat tetapi dia mengambil pendekatan positif untuk terus menghulurk­an semangat pada ibu.

JASMINE SURAYA CHIN

Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 29, antara bintang pelakon dan pengacara televisyen yang dianggap bertuah. Walaupun memulakan karier lakonan agak lewat tetapi dalam waktu yang singkat namanya mudah mendapat tempat. Inilah yang dikatakan sebagai tuah. Tahun ini pencapaian terbesarny­a adalah apabila filem ‘Paskal’ lakonannya ditayangka­n di pawagam. “Karakter yang saya bawa untuk filem Paskal penuh emosi, banyak bermain dengan air mata. Sewaktu casting untuk watak itu ramai sangat yang handal mencuba, dan apabila saya terpilih ia merupakan satu kejayaan buat saya.” Jasmine juga berazam untuk memperbaik­i mutu lakonannya dan membuka dirinya untuk apa sahaja watak atau karakter yang akan diberikan pengarah kepadanya. Dia mahu versatil dalam bidang lakonan. Wanita ini juga berterima kasih kepada peminat yang memberinya sambutan hangat menerusi lakonannya dalam drama bersiri ‘Alamatnya Cinta’.

ALICIA AMIN

Kariernya memuncak dalam bidang modelling. Dan kini wanita tinggi lampai berkulit sawo matang, Alicia Amin, 24, mempertaru­hkan kerjayanya dalam bidang lakonan pula. Menurut Alicia, apabila terikat dengan drama atau filem sudah tentu karier modelling tidak akan serancak seperti sebelumnya. Pun begitu dia dapat membuat beberapa kempen besar pada tahun ini sepert FashionVal­et antaranya dan dapat berjalan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week. Alicia juga dipilih sebagai salah seorang wajah GLAM pada awal tahun ini dan nyata ini adalah satu pencapaian buatnya dalam industri fesyen tanah air. Beralih kepada bidang lakonan Alicia juga kini sudah menembusi pasaran Singapura. Bagi Alicia, berpeluang bekerja dengan produksi Singapura dan diberi watak utama lakonanya sudah diterima ramai adalah satu. Alicia Amin akui dia selesa bekerja dalam dua bidang yakni modelling dan lakonan. Dia terus mencabar dirinya untuk menjadi yang terbaik dalam dua bidang yang diceburiny­a.

ANZALNA NASIR

Anzalna Nasir, 28, adalah nama yang cukup sinonim dalam dunia lakonan tanah air. Cuma tahun ini dia lebih fokus pada perniagaan. Perniagaan tonik rambut Anzel Hair berkembang pesat. Menurut Anzalna pelanggann­ya bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari Australia, Brunei dan Singapura. Selain gigih mengusahak­an produk sendiri, Anzalna juga banyak mewakili Malaysia untuk produk-produk antarabang­sa antaranya Annick Goutal bersama suami, By Terry, Diptyque, Dr Sebagh, Caudalie, YSL, dan Loreal. Anzalna akui Malaysia kini pesat dengan pasaran produk kecantikan baik dari luar negara mahupun produk tempatan. Dan dia bersyukur kerana sering dipilih mewakili Malaysia ke peringkat antarabang­sa untuk jenama kecantikan. Selain memberi fokus pada dunia kecanikan, tahun ini Anzalna menyelongk­ar bakatnya melukis. Bermula sebagai hobi, akhirnya bertukar menjadi pendapatan kerana ramai peminat yang meminati hasil seninya. “Tipulah kalau saya kata tidak rindu untuk berlakon, tetapi buat masa ini rezeki saya lebih banyak pada bisnes. Saya gembira dengan fasa baharu ini dan akan berusaha untuk terus sukses.”

SHARIFAH SAKINAH

Sharifah Sakinah, 29, cukup dikenali dengan kelantanga­nnya bersuara dan mengekspre­sikan personalit­i dirinya. Dek kerana sikapnya yang terbuka itu dia sering mendapat tempat di media sosial. Sakinah akui tahun ini tuahnya terletak pada filem dan menganggap itu sebagai satu pencapaian buatnya dalam karier sebagai anak seni. Pun begitu dia tetap sibuk dengan drama dan drama bersiri Girlfriend Dari Neraka benarbenar berjaya melonjakka­n namanya. Sharifah juga dipilih sebagai duta kepada beberapa jenama antaranya Natasha Skin Care, Garmin, Adidas, dan Doropu serta perniagaan Teha Curves Waist trainer. Dia teringin untuk membintang­i filem memegang watak berat. Wanita ini juga berkongsi pengalaman di New York tahun ini sekitar Minggu Fesyen. Pengalaman di sana telah membuka matanya dengan melihat cara orang sana berfikir dan bekerja. “Mereka tidak memandang bawah kepada orang kecil seperti kita masyarakat Malaysia selalu lakukan, malah mereka akan bantu golongan ini untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi,” ujar Sharifah Sakinah yang juga teruja setiap kali melihat perkembang­an anaknya Anais Adha, 2.

 ??  ??
 ??  ?? JAKET BULU DAN DRESS BOTTEGA VENETA HUBLOT BIG BANG ONE CLICK GOLD DIAMOND 39MM.
JAKET BULU DAN DRESS BOTTEGA VENETA HUBLOT BIG BANG ONE CLICK GOLD DIAMOND 39MM.
 ??  ?? TOP DAN SELUAR GIORGIO ARMANI HUBLOT BIG BANG SAPPHIRE BAGUETTE DIAMOND 45MM.
TOP DAN SELUAR GIORGIO ARMANI HUBLOT BIG BANG SAPPHIRE BAGUETTE DIAMOND 45MM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia