GLAM (Malaysia)

FESYEN MEMO FESYEN

- OLEH AIZAT A IDID

Hello 2019! Kita sudah tutup diari 2018 dengan jayanya. Saya berharap setiap impian dan cita-cita yang dipasang pada awal tahun lalu sudah terlaksana. Tidak lupa beg, kasut dan barangan lain yang diidam-idamkan sudah menjadi milik anda. Lebih manis jika dibeli dengan hasil sendiri. Mungkin boleh kongsi dengan GLAM apakah item fesyen yang paling anda sayangi dan muat naikkan dalam Instagram anda serta jangan lupa tag @glammalays­ia! Ceritakan juga apa kisah menarik di sebalik pembelian itu, apakah ia hadiah hari jadi, sempena kelahiran anak pertama atau hasil keuntungan perniagaan kosmetik anda? Tahun lalu menyaksika­n hampir semua kelompok fesyen utama menyarungk­an beg Saddle daripada Dior. Sejak ia dilancarka­n semula oleh Maria Grazia Chiuri, beg ini menjadi pilihan teratas dalam kelompok mesti miliki. Sampaikan habis di butik Dior dan kena tunggu berminggu-minggu untuk mendapatka­nnya. Kawan saya lebih bijak beli beg Dior Saddle yang vintaj berserta tanda harga lebih mahal, katanya ia lebih eksklusif dan punya selera sebenar John Galliano. Selain itu, kasut Flashtrack di Gucci juga menjadi tarikan paling utama dan menghiasi setiap langkap kelompok fesyen ini. Masuk tahun 2019 ini kita semua tertunggut­unggu apa yang bakal dijinjit oleh kelompok fesyen. Pastinya GLAM sudah siap sedia untuk berkongsi dengan para pembaca apa yang mesti anda miliki untuk menjadi ikon fesyen sebenar. Lebih enak jika kita sendiri yang menjadi pembuka trend agar mencipta identiti sendiri. Juga, tahun ini GLAM meraikan ulang tahun yang ke-15. Kami mahu lebih jujur dalam menjadi penghulu fesyen utama Malaysia dengan naskhah lebih bermutu, dihiasi wajah yang relevan dan diwarnai dengan lembaran kreatif! Salam 2019!

 ??  ?? BAJU COACH T KASU T LIGH ARCH TURU T INI ASI OMIN A MEND UTAM AN EN PILIH FESY G ORAN
BAJU COACH T KASU T LIGH ARCH TURU T INI ASI OMIN A MEND UTAM AN EN PILIH FESY G ORAN
 ??  ?? BEG DIOR PEN DAR INI TAS IPAD A LURUMUS H IM 201 8
BEG DIOR PEN DAR INI TAS IPAD A LURUMUS H IM 201 8
 ??  ?? BEG GUCCI
BEG GUCCI
 ??  ?? CERMIN MATA BURBERRY
CERMIN MATA BURBERRY
 ??  ?? KASUT FENDI
KASUT FENDI
 ??  ?? SUBANG ATELIER SWAROVSKI
SUBANG ATELIER SWAROVSKI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia