GLAM (Malaysia)

The Rise Of The Leading (Young) Women

- suzieadnan@bluinc.com.my

Jelas sekali landskap dunia fesyen (dan hiburan) sudah jauh berubah. Pelbagai kolaborasi dianjurkan bagi mencipta kelainan di kalangan jenama mewah antarabang­sa. Dalam masa sama, konsep mewah ketika ini digerakkan oleh jentera generasi yang jauh lebih muda. Kuasa pembelian kini beralih tangan dan wajah-wajah popular media sosial menjadi kuasa baru, baik dalam dunia fesyen mahupun lapangan lain.

The leading (young) women - Elisya Sandha, Farhana Nabilah, Hannah Delisha, Daiyan Trisya dan Afifah Nasir antara sebilangan selebriti muda paling popular di Malaysia. Ya, pengaruh media sosial mereka memang hebat. Namun kredibilit­i mereka yang sebenarnya datang daripada bakat sebagai pelakon. Inilah dia barisan aktres yang menjadi pelapis untuk masa akan datang. Pakej mereka lengkap - bukan sahaja cantik, tetapi ada gaya dan paling utama ada bakat!

Dengan rating drama semasa yang semakin meningkat saban tahun, apakah jelitawan-jelitawan ini akan mengembali­kan era kegemilang­an dunia lakonan tanahair? Satu hal yang pasti, gelanggang Malaywood sekarang nyata tambah berseri-seri dengan gelombang artis media sosial masakini!

 ??  ?? ELISYASAND­HA & DAIYANTRIS­YA
ELISYASAND­HA & DAIYANTRIS­YA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia