PIAGET
Piaget mahu memberi perhatian pada seni pertukangan jam tangan yang nipis serta teknik seni berlian yang selari dengan jenama barang kemas mereka. Maka terhimpunlah koleksi jam tangan Altiplano yang meraikan seni pertukangan barang kemas yang dipadukan dengan dunia horologi. Rona biru ikonik Piaget dijadikan palet penting dan diserikan dengan berlian yang mengelilingi permukaan jam tangan. Hanya ada 88 utas jam tangan Altiplano High Jewellery yang dikeluarkan oleh Piaget.