GLAM (Malaysia)

THE ULTIMATE CREAM

Sementelah sains memainkan peranan penting dalam usaha membawa kita ke hadapan untuk kulit yang lebih muda dan tampak berseri semula jadi, GLAM meluangkan masa bersama Pengarah Pendidikan & Peruncitan APAC daripada YSL Beauty, Aurelie Adam untuk memahami

- T EKS YUS A IRI F ITRI GAMBAR Y SL BEAUT Y

Mengenai Or Rouge? Segalanya bermula dengan penemuan intipati paling berharga yang mekar di puncak Gunung Atlas di Maghribi tempat inspirasi untuk pengasas jenama Paris, Yves Saint Laurent. Dan berbicara mengenai Or Rouge segalanya berpaksi pada safron bersifat antioksida­n, menenangka­n tetapi juga merangsang pembaharua­n sel, mengukuhka­n struktur dalam, mengurangk­an kemerahan dan perubahan warna pada kulit. Penemuan

paling berharga Ia tidak berlaku sekelip mata kerana kajian ini melibatkan masa yang panjang iaitu hampir 10 tahun. Dan dalam setiap kajian ini, kami mendapati ekstrak safron sempurna untuk menghalang tanda-tanda penuaan. Fokus utama adalah glycans, yang memainkan peranan penting dalam keupayaan kulit untuk tumbuh semula tetapi menurun sementara usia semaking meningkat. Dalam pistil ini terdapat dua gula, crocetin dan crocin. Ini adalah gula yang dihasilkan secara semulajadi oleh bunga safron untuk melindungi pistils: Crocetin melindungi mereka daripada antioksida­n dalam peringkat pertumbuha­n bunga dan crocin menghalang radang, salah satu punca utama penuaan kulit. Bertunjang­kan teknologi sains masa kini, kami berjaya merungkai rahsia super sugar yang bekerja dan mempunyai hubung kait dalam memberikan tenaga pembaharua­n, rangkaian komunikasi

dan pengstrukt­uran semula diantara sel. Mengapa ekstrak amat bernilai? Tidak seperti Or Rouge yang sebelumnya, siri terbaru ini mengandung­i 20 lebih ekstrak safron dan diperkemas­kan lagi dengan teknologi terkini yang menumpukan kepada penjagaan antipenuaa­n yang lebih efisen. Setiap satu gram safron diperoleh daripada 150 kuntum bunga dan ini menjadikan Or Rouge baru ini lebih berkuasa. Bagaimana intipati

ini diperolehi? Bunga-bunga itu tuai waktu subuh pada satu pagi musim gugur dalam masa setahun, dimana sebahagian daripada kelopaknya masih tertutup. Kerja-kerja ini dilakukan oleh wanita lokal dan ia dilakukan dengan penuh tertib, kelembutan dan halus demi menjaga kualiti pistil. Setiap bulan Oktober mereka berkumpul di mana waktu itu bunga tumbuh dan mereka menunggu masa yang tepat. Mereka menyanyi ketika bekerja malah mengikut tradisi tempatan, bungabunga itu mekar dari tanah apabila mendengar suara merdu yang mendayuday­u. Bagaimana dengan hasil

aplikasi? Anda bisa melihat hasilnya dalam masa empat minggu dengan penggunaan yang konsisten. Kulit lebih lembut, anjal dan tampak awet serta bertenaga. Selain kandungan intipati 20 kali lebih kuat, pengalaman mewah turut disuntik menerusi kelalang kaca berwarna keemasan dan hitam. Penutup kelalang bertatahka­n YSL yang melaungkan erti kemewahan sebenar dalam penjagaan kulit buat wanita.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia