GLAM (Malaysia)

Afifah Nasir

-

Nur Afifah binti Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Afifah Nasir, 25, adalah adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon. Afifah selesa dengan kariernya sebagai anak seni. “Pada 2016 saya mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Dan Alhamdulil­lah saya diterima dalam industri ini. Antara drama watak utama yang saya lakonkan adalah Pengantink­u Jatuh Dari Langit, Isteri-isteriku, dan Izinkan Aku Mencintaim­u.

Wanita ini ikhlas menzahirka­n yang dia cukup senang bekerja dengan pengarah Isma Yusoof. “Saya sangat suka bekerja dengan pengarah Isma. Berlakon dengannya tidak perlukan skrip. Hanya cakap apa yang terlintas di hati. Dan saya banyak belajar teknik lakonan daripadany­a untuk nampak lebih real daripada kelihatan buat-buat.”

Mungkin ramai tidak tahu yang Afifah sebenarnya boleh menyanyi. Afifah menyifatka­n itu sebagai bakat terpendamn­ya dan buat keputusan untuk ceburi bidang nyanyian pada masa akan datang. Buat masa ini dia mahu memberi perhatian kepada dunia lakonan dahulu. “Untuk menjadi pelakon, jika anda mahu jadi kaya-raya ia bukanlah kerjaya yang tepat. Kerana bayaran di Malaysia tidaklah tinggi tidak seperti di luar negara atau Hollywood misalnya. Kami berlakon rata-ratanya atas dasar minat dan mahu mengeluark­an bakat lakonan dari dalam diri. Saya cukup suka melihat lakonan Nabila Huda. Dia boleh lakonkan apa sahaja watak yang diberi dan dia tidak takut untuk dilihat buruk di skrin,” ujar Afifah yang suka melancong di Monte Carlo, Monaco. Dia menyifatka­n lokasi itu adalah mewah dan indah. Afifah juga tidak pernah travel bersama teman-teman sebaliknya hanya berlibur bersama ahli keluargany­a sahaja.

Apabila dirisik, Afifah tersenyum simpul kerana dia akui dia kini sudah mula untuk merancang perkahwina­nnya dan jika tidak ada aral melintang dia mahu melangsung­kan perkahwina­n pada tahun depan. “Seronok merancang perkhawina­n ni, macam-macam idea ada di kepala saya, tetapi apa yang paling penting pemilihan tarikh dan tempat. Kerana sekarang ramai yang buat booking setahun awal.” Cerita Afifah yang senang mengumpul Chanel sebagai tas tangannya manakala untuk sepatu dia selesa dengan Louis Vuitton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia