GLAM (Malaysia)

Daiyan Trisha

-

Daiyan Trisha, 25, merupakan sebutir lagi bintang yang dikurniaka­n bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan. Semakin hari bintangnya semakin berkilau membuktika­n yang segala hasil titik peluhnya mula diberi perhatian. Empunya diri mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan di Kolej Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur (IUKL). Daiyan mula berkecimpu­ng dalam dunia lakonan dengan membawakan peranan pembantu sebagai Ira dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, adaptasi dari drama popular Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince.

Daiyan kemudian mencuba nasib untuk filem keduanya, Busker yang menggandin­gkannya bersama Hafeez Mikhail. Filem ini ditayangka­n pada Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera. Dia kemudianny­a menjadi bintang utama bersama Aliff Aziz dalam drama Sejuta Rasa Buat Adelia, adaptasi daripada novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin. Dia memegang watak sebagai Adelia Naurah, seorang cef di Malay Kitchen. Ternyata wataknya itu meraih perhatian ramai penonton. “Bukan senang untuk bergelar pelakon dan penyanyi dalam waktu yang sama, kerana itu saya terpaksa tolak beberapa tawaran berlakon untuk fokus kepada kerjaya nyanyian dan tanggujawa­b saya sebagai duta produk juga.”

Daiyan akui dia amat teruja untuk album sulungnya kerana sebelum ini dia hanya keluarkan single sahaja. Istimewany­a, album sulung ini semuanya dalam Bahasa Inggeris. “Saya mahu cipta kelainan dalam industri muzik tempatan, saya harus beranikan diri untuk ketengahka­n lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris di Malaysia. Saya ambil masa setahun untuk siapkan album ini kerana memenuhi tuntutan berlakon drama. Semua lirik adalah ciptaan saya untuk album ini,” ujar Daiyan yang cukup gemar ke Konsert artis antarabang­sa jika berkesempa­tan antaranya Konsert John Mayer di Amsterdam, Coldplay di Singapura dan Taylor Swiff di London.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia