GLAM (Malaysia)

Farah Nabilah

-

Siapa sangka Farah Nabilah, 25, yang menyimpan citacita untuk menjadi seorang doktor kini bergelar pelakon dan populariti­nya semakin meningkat semenjak siaran drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Gandingann­ya bersama Zul Ariffin itu sekaligus melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018. Farah memulakan kerjayanya dalam bidang iklan komersial pada 2011, kemudian berjinak-jinak dalam bidang lakonan pada 2015. Drama lakonannya Papa Ricky, 2017, dan Halalkan Hati Yang Ku Curi, 2018 adalah antara permulaan kariernya sebagai anak seni. Farah berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa dan Universiti SEGi. Jelitawan ini kini sibuk dengan lakonan terkininya berlakon bersama Fikry dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, adaptasi daripada novel The Misadventu­res of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira.

Farah Nabilah memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadiny­a di media sosial. Dia lebih suka memuatnaik­kan gambar-gambar kerjanya. “Sebagai pelakon, orang sudah tahu muka menangis, gembira, marah dan cara percakapan. Jadi apabila soal lifestyle saya, kehidupan peribadi, saya tidak mahu kongsikan semuanya di media sosial. Saya akui media sosial banyak membantu dalam karier selebriti, tetapi pada masa yang sama media sosial ini akan menjadikan artis-artis tidak lagi begitu eksklusif. Teringat saya dulu, apabila terserempa­k dengan Erra Fazira, saya terus starstruck!”

Dalam memenuhi tawaran berlakon yang menderu-deru ini, Farah juga mula membuat persiapan untuk perjalanan karier masa depannya. Kerana dia tahu dia tidak selamanya diterima untuk berlakon. “Saya sudah berjinak-jinak memulakan production house saya sendiri, untuk keluarkan drama, filem dan sebagainya. Saya akan bekerja di sebalik tabir kali ini. Dunia hiburan adalah jiwa saya dan saya bertuah kerana sudah mempunyai team untuk production house saya. Insya-Allah akan ada satu projek keluaran kami. Nantikan!”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia