GLAM (Malaysia)

SITI SAFIYAH

BOLING

-

Jika dahulu nama Shalin Zulkifli sememangny­a tidak dapat dipisahkan dengan keunggulan sukan tenpin boling, kini kita memiliki barisan pelapis yang giat mengasah bakat untuk terus menaikkan nama Malaysia dalam arena sukan yang sama. Siti Safiyah merupakan salah seorang daripada kumpulan pemain boling Negara yang kini menjadi wajah-wajah baru yang digilap untuk terus mengangkat nama Malaysia dalam arena ini. Lebih manis lagi, sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor yang lalu, dia bersama Amy Kwan telah menerima Darjah Kebesaran Ahli kegemilang­an Sukan Selangor (AKS). Menyatakan ibu bapa sebagai pengaruh utama yang membuka minatnya di dalam bidang ini kerana mereka juga bermain sukan boling. Ia bermula ketika Safiyah berusia sembilan tahun kerana mereka turut terlibat dalam permainan liga yang berlangsun­g secara mingguan. Biarpun sudah lama bermain sukan tenpin boling ini namun Safiyah masih perlu berdepan dengan beberapa cabaran antaranya mengenai stamina. “Pada pendapat saya cabaran yang saya hadapi sebagai atlet wanita adalah lebih kepada stamina. Stamina bagi atlet wanita tidak seperti atlet lelaki, untuk itu kami perlu meningkatk­an lagi usaha untuk memastikan stamina yang kami miliki cukup untuk menghadapi acara-acara besar dan latihan yang perlu dilalui.” Berbicara mengenai perancanga­n masa hadapan, Safiyah menyatakan dia memasang impian untuk menjadi atlet profession­al secara sepenuh masa yang berpangkal­an di Amerika Syarikat juga dalam masa sama memenangi lebih banyak pertanding­an lantas mengharumk­an lagi nama Malaysia di persada dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia