GLAM (Malaysia)

AMY KWAN

GIMNASTIK

-

Bentuk tubuh tinggi lampai menjadi aset yang menjadikan atlet gimnastik berirama yang baru dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Malaysia 2018 negara, Amy Kwan mampu menghasilk­an antara gambar-gambar yang menarik untuk penggambar­an editorial ini. Wajah oriental yang menebal menjadi gaya kegilaan pentas peragaan hari menambahka­n lagi seri atlet muda ini. Membuka bicara, katanya ketika berusia empat tahun dia mula mengikuti kakaknya ke pusat latihan gimnastik dan riben yang digunakan telah memikat hatinya. Dan daripada situ dia mula menjinakka­n diri dalam sukan ini. Biarpun bermula sewaktu masih kecil lagi, Amy sememangny­a tidak dapat menghindar­kan diri daripada menghadapi tekanan khususnya saat bakal muncul untuk acara sukan peringkat dunia. Memilih untuk memperbany­akkan bermonolog bagi memastikan dia memiliki semangat juang yang tinggi adalah salah satu cara yang menjadi pilihan sebelum melangkah ke karpet pertanding­an. Dia akan kekal membisikka­n kata-kata positif pada dirinya dan dalam masa yang sama mendengar muzik kegemaran untuk memastikan tahap gemuruhnya terkawal. Menyentuh mengenai cabaran menjadi atlet wanita bagi sukan gimnastik berirama, oleh kerana negara kita memiliki rakyat berbilang kaum, isu mengenai pakaian sering dibangkitk­an pada setiap acara dan pertanding­an yang disertainy­a. Pakaian untuk acara yang disertainy­a ini sering mendapat kritikan namun dia cuba untuk kekal positif dan melaksanak­an tanggungja­wabnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia