GLAM (Malaysia)

LEONG MUN YEE

TERJUN

-

Bertuah rasanya apabila saya dapat menemubual salah seorang daripada atlet yang pernah bertanding di dalam sukan Olimpik. Membayangk­an betapa tekanan yang mereka perlu hadapi dalam persediaan untuk acara sebesar ini menjadi antara yang pertama saya ajukan buat personalit­i ini. Memilih muzik sebagai salah satu terapi untuk menenangka­n diri dia menyatakan apabila di dalam pertanding­an dia memilih untuk hanya fokus kepada proses , rutin yang perlu dilakukan, terjunan yang bakal disempurna­kan dan tidak terlalu memikirkan kepada hasil akhir daripada terjunan yang akan dilakukan. Menariknya bagi Mun Yee sebelum menjadi atlet terjun, dia bermula di dalam sukan renang yang disertai kerana abangnya mewakili pasukan negeri Perak. Perjalanan­nya meniti dunia sukan bukanlah semudah yang disangka. Dia telah melalui banyak rintangan antaranya untuk menjadi atlet terjun seseorang individu perlu bekerja keras dan dalam masa sama mereka perlulah mempunyai ketahanan mental yang tinggi. “Sebagai atlet, kami terdedah kepada isu kecederaan yang mampu mengganggu kelancaran proses profesion kami. Saya sendiri pernah tercedera. Ligamen pergelanga­n tangan saya koyak dan mengalami kecederaan pada dua ligamen buku lali.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia