GLAM (Malaysia)

TIGER HORIZONIA

-

Tiger Horizonia, tawaran Onitsuka Tiger menyaksika­n kelahiran sniker baru yang ditambahba­ik dedikasi kemahuan pasaran sekarang. Sniker ini membawa bidang larian ke suatu peringkat yang lebih tinggi, di mana bidang tersebut digarap sebagai inspirasi terhadap penciptaan dan reka bentuk Tiger Horizonia. Tujuannya buat dijadikan kasut larian, namun tak salah rasanya stail yang memaut sniker ini praktikal buat pelengkap gaya harian. Siluet

chunky yang diperkenal­kan mengertika­n fesyen sekarang. Sempurna menyerlahk­an gaya jalanan untuk merakam gambar OUTfiT OF THE DAY (OOTD).

Warna yang cukup bertenaga dan lakaran yang menghiasi kasut, langsung selangkah lebih ke depan sebagai item fesyen terkini. Revolusi sniker ini menawarkan keselesaan, fleksibili­ti, dan rangsangan tiap kali menyarungn­ya. Inilah yang dibawakan tapak fuzeGel yang pelbagai fungsinya. Teknologi tersebut mampu menjana prestasi dan struktur tambahan bukan sahaja untuk mendapatka­n kelebihan, tetapi juga menyesuai dengan pelbagai kegiatan. Lebihlebih lagi buat pemakai yang cukup aktif kegiatan hariannya. Dari senaman berintensi­ti biasa hinggalah pergerakan agresif. Khusus musim panas 2019, Tiger Horizonia dicipta khas yang dilengkapi tapak Ortholite pada bahagian dalam kasut untuk kegunaan penting masa kini, menjadikan kasut larian yang harus dimiliki. Keberangin­an ketika berjalan jarak jauh turut diutamakan. Terunggul ilham Onitsuka Tiger, yang menawarkan keselesaan serta penginovas­ian yang terdepan, adalah solusi kepada penggemar sniker.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia