GLAM (Malaysia)

UNIT PEMACU DINAMIK

-

HUAWEI Consumer Business Group melancarka­n HUAWEI FreeLace, fon telinga wayarles baru yang direka khas menawarkan sambungan pintar, audio yang kuat dan hayat bateri yang panjang. Menyokong aplikasi HUAWEI HiPair, alat ini mudah dipasang secara intuitif dengan hanya memasang peranti. Gajet ini dibuat daripada logam memori yang dibalut dengan silikon cecair yang menawarkan penampilan hiasan yang terasa lembut dan mesra kulit. Dalam pada itu, kualiti bunyi dan reka bentuk HUAWEI FreeLace dilengkapi aneka ciri yang menjanjika­n pengalaman pengguna yang terbaik. Suis Magnet meningkatk­an keupayaan fon telinga, sementara sensor Hall terbina dalam membuat kawalan lebih peka berbanding sebelumnya. Fon telinga ini tersedia di dalam rona Graphite Black, Amber Sunrise, Emerald Green dan Moonlight Silver. Lawati consumer.HUAWEI.com untuk info lanjut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia