KENDALL JENNER
Kendall Jenner membuktikan bahawa kerjaya sebagai model adalah satu pencapaian yang patut dibanggakan. Personaliti tinggi lampai ini aktif bekerja dalam dunia fesyen selain meraih populariti bersama keluarga Kardashian yang lain. Wajah seksi dan pengaruh yang dimilikinya, menjadikan Kendall antara bintang fesyen kesayangan ramai, termasuklah editor majalah, penata gaya dan jurugambar fesyen. Paling membanggakan, Kendall mengatasi model-model lain dengan meraih gelaran ‘Highest Paid Model’ pada 2018, meskipun banyak kontroversi menghimpitnya. Menyingkirkan nama-nama model senior lain seperti Gisele Bundchen, Karlie Kloss dan Doutzen Kroes.