GLAM (Malaysia)

Pockets Universe

FANNY PACK MAHUPUN BELT BAG MERUPAKAN AKSESORI HANGAT TAHUN LEPAS. MUSIM INI, AKSESORI BERPOKET YANG LEBIH PRAKTIKAL BUAT KAUM ADAM DISUNTIK BERSAMA ELEMEN UTILITI TELAH MENJADI TUMPUAN.

-

P oket, poket dan ekstra poket! Mungkin itu idea yang bermain di setiap pemikiran pereka fesyen semasa mencipta aksesori yang boleh memberikan unsur maskulin malah parktikal buat pria moden kini. Sesuatu yang berstateme­nt itulah yang menjadi trend fesyen lelaki sekarang. Bermula dari pembuatan belt

bag kini fokus beralih ke pakaian utiliti seperti jaket, rompi dan seluar baggy yang diberi nafas baru disuntik DNA rumah fesyen yang bervariasi. Menjadikan pakaian ini unik digayakan ketika bersantai mahupun ke acara tertentu.

Persalinan workwear telah menjadi pakaian utama buat para lelaki selama beberapa tahun kebelakang­an. Bezanya persalinan ini telah melangkah lebih jauh ke arah fungsi. Virgil Abloh bijak mengatur idea dalam rekaan, seperti yang terlihat di rumah fesyen Off-White. Gabungan antara fanny

pack bersama jaket puff menjadi sesuatu yang unik yang lari dari norma pembuatan pakaian. Manakala untuk Louis Vuitton, pengolahan monogram signatur pada trunk jenama ke dalam potongan jaket menguatkan lagi trend berelemen utiliti ini ke satu tahap lebih ekstrem. Dalam pada itu, kebanyakan siluet potongan kecil digantikan dengan ukuran lebar supaya mempunyai ruang ekstra untuk meletakkan poket dengan kadar berlebihan.

Jika dilihat pemilihan fabrik buat elemen pakaian ini, lazimnya menggunaka­n jenis kain yang agak tebal. Ini kerana setiap pereka ingin mendapatka­n bentuk yang terletak selain ciri lebih tahan lasak. Jika anda punya masalah mencari barang tatkala menyimpann­ya di dalam poket seluar mahupun kemeja,

2019 will be a nightmare for you kerana kebanyakan pakaian serta aksesori akan dilimpahi dengan ajnas poket serta ruangan yang banyak!

 ??  ?? Pilih jaket utiliti yang bersesuaia­n dengan potongan badan anda. Buat anda yang punya badan bersaiz besar, cuba untuk menyarung jaket utiliti yang punya reka cipta lebih ringkas. KOD GAYA TIPS:
Pilih jaket utiliti yang bersesuaia­n dengan potongan badan anda. Buat anda yang punya badan bersaiz besar, cuba untuk menyarung jaket utiliti yang punya reka cipta lebih ringkas. KOD GAYA TIPS:
 ??  ?? 1. 1. Drake menggayaka­n vest utiliti Louis Vuitton di Paris 2. Kanye West memakai ‘chest rig’ Alyx 3. Uniform pekerja di Antartika penuh dengan ruangan menyimpan
1. 1. Drake menggayaka­n vest utiliti Louis Vuitton di Paris 2. Kanye West memakai ‘chest rig’ Alyx 3. Uniform pekerja di Antartika penuh dengan ruangan menyimpan
 ??  ?? 3.
3.
 ??  ?? 2.
2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia