GLAM (Malaysia)

Seni Citra Eklektik

CIPTAAN TEKNIK ARTISAN GIUSEPPE ZANOTTI MENJANGKAU KUALITI TERTINGGI. BERSEMPENA KOLEKSI BLABBER, JENAMA INI MEMBARISKA­N SEPATU PENUH DENGAN ELEMEN KLASIK, ENERGETIK JUGA INOVATIF.

- Teks: Arie Sampornak Gambar: GIUSEPPE ZANOTTI

Buat para pencinta kasut, pastinya jenama Giuseppe Zanotti tidak asing lagi dengan anda. Sejak beliau memperkena­lkan koleksi kasut berliannya yang pertama di New York pada tahun 1994, Zanotti telah menarik perhatian dunia fesyen juga hiburan dengan reka cipta sepatu yang inovatif, rumit dan tiada bandingan. Rahsia jenama ini hanyalah dengan memastikan setiap teknik buatan tangan berada pada paras kualiti yang tertinggi. Walaupun sudah merangkul kejayaan sepanjang dua dekad, jenama ini juga telah melebarkan sayapnya dalam bidang aksesori, kasut lelaki serta pakaian readyto-wear.

Baru-baru ini Giuseppe Zanotti telah mengeluark­an himpunan kasut terbaru yang diberi nama Blabber, di mana ia mempunyai kemasan yang tidak terjangka juga rekaan yang ranggi tetapi masih punya nilai klasik. Ia diinspiras­ikan dari dunia skater old-school, sepatu

ini melawan ekspektasi dengan mengambil elemen rekaan yang ringkas dan diubah menjadi sesuatu yang lebih ber- statement. Kasut Blabber tersedia buat golongan lelaki juga wanita di mana ia menggunaka­n fabrik kanvas juga fabrik kulit bercetak motif kulit buaya buat kedua- dua kasut, sama ada potongan tinggi atau rendah.

Bagi melancarka­n sniker terbaru ini, Giuseppe Zanotti juga telah berkolabor­asi bersama duo Hip Hop, Rae Sremmurd yang terdiri daripada Slim Jxmmi dan Swae Lee. Mereka telah membintang­i video rancak yang meraikan himpunan kasut Blabber yang memiliki tapak yang punya bentuk bucu tajam yang mengambil inspirasi daripada sniker Urchin mereka, yakni kasut jualan terlaris jenama ini.

Buat anda yang ingin mendapatka­n koleksi terbaru ini ia hanya boleh didapati di dalam beberapa gaya terpilih yang tersedia dijual di butik Giuseppe Zanotti yang terletak di Lot 2.31, tingkat 2, Pavilion Kuala Lumpur - 03-2142 5757.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1. SNIKER KULIT BLABBER MOTIF KULIT BUAYA
2. SNIKER BLABBER MOTIF PLAID
3. SNIKER BLABBER CETAK KULIT HARIMAU
1. SNIKER KULIT BLABBER MOTIF KULIT BUAYA 2. SNIKER BLABBER MOTIF PLAID 3. SNIKER BLABBER CETAK KULIT HARIMAU
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia