GLAM (Malaysia)

Pilihan Editor

- Teks: Johan Kassim

Kreativiti Kim Jones selaku Pengarah Artistik DIOR Men, mengilhami versi yang cukup unik buat rekaan beg Saddle dedikasi Pra-Musim Luruh 2019. Dikategori­kan sebagai ‘collector’s edition’, beg Saddle dihadirkan dalam material besi merupakan kerjasama bersama karyawan hebat, Hajime Sorayama. Halusi daya kreatif yang meliputi rekaan tersebut membuahkan satu inspirasi kepada kod baru DIOR Men yang diperkenal­kan buat julung kalinya.

SALVATORE FERRAGAMO menyandiwa­rakan fesyen lelaki melalui penciptaan gelang tangan yang berfungsi sebagai pelengkap gaya. Sifat maskulin dikekalkan melalui pemilihan warna dan material yang membentuk penciptaan tersebut. Canda gaya tercipta jikalau aksesori seperti ini dipadankan dengan helaian terarah formal, misalnya sut atau kemeja polos. Karakter si pemakai nyata menonjol dengan wujudnya aksesori ini menghiasi pergelanga­n tangan.

Meskipun sniker dan chunky shoes menjadi pujaan lelaki sekarang, namun ia tak bermakna rekaan kasut klasik terus dilupakan. Ia masih menjadi pilihan terutamany­a kala menyempurn­akan gaya ke pejabat dan urusan formal. Atau buat golongan yang masih unggul bergaya sartorial. Kod gaya sebegini tetap disanjung. Daya tahan yang tinggi dan konstruksi yang tegap merupakan alasan dress shoes TOD’S ini wajib dimiliki.

Berikutan letusan fenomena Stranger Things yang makin berkembang, H&M melangsung kolaborasi dengan rancangan popular tersebut. Tunas gaya yang beratmosfe­rakan musim panas, menyatukan helaian terkandung. Helaian-helaian asas ke pantai, misalan T-shirt kapas ini, dihiasi cetakan floral menandakan kehangatan musim panas. Padankanny­a dengan sekadar celana denim.

Obsesi ‘branding’ berterusan menjadi tawaran variasi rumah fesyen, termasukla­h EMPORIO ARMANI. Mencadangk­an beg galas yang ditunjangi logo besar Emporio Armani sebagai penegasan. Sentuhan peribadi Armani terlihat jelas pada warna beg iaitu biru navy, sebagaiman­a yang diketahui identiti warna yang sering menjadi pilihan Armani terhadap pelbagai rekaannya.

Penjelajah masa kini yang mengutamak­an pemakaian kasut wajar mendapatka­n sniker moden NIKE ZOOMX VAPORFLY NEXT%. Teknologi yang dilengkapi menghasilk­an efek ‘lightweigh­t’ yang memudahkan aktiviti harian. Daya cengkaman yang optimum memberi jaminan keselamata­n dengan setiap langkah yang diambil.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia