GLAM (Malaysia)

Komitmen Pemulihara­an Marin

TRIO SKUAD SURFER BREITLING BERGANDING BAHU DALAM MISI PEMBERSIHA­N PANTAI MERTASARI DI SANUR, BALI. PROGRAM PEMULIHARA­AN PANTAI INI ADALAH USAHASAMA ANTARA BREITLING DAN OCEAN CONSERVANC­Y DI DALAM MENGINGATK­AN KESEDARAN BETAPA BUMI KINI DISELIMUTI TSUNAMI

-

Mei lalu, GL berpeluang untuk terbang ke Bali bagi mengikuti program usaha sama antara Breitling dan Ocean Conservanc­y di dalam memulihara kesejahter­aan pantai. Tampil khusus buat julung kalinya bertiga, trio Skuad Surfer Breitling yang terdiri daripada peluncur legenda asal Amerika, Kelly Slater, berserta dua peluncur profesiona­l wanita asal Australia, Sally Fitzgibbon­s dan Stephanie Gilmore berganding bahu mengumpulk­an sampah plastik yang mengotori pantai bersama lebih dari 400 sukarelawa­n yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah serta penduduk sekitar Pantai Mertasari. Program ini disambut baik oleh kerajaan daerah Bali serta Kementeria­n Kelautan dan Perikanan (KKP). Komitmen seluruh sukarelawa­n yang hadir tampak bersemanga­t lalu berjaya mengumpulk­an lebih daripada 500 kg sampah sarap sehingga kawasan pantai kembali bersih lagi harmoni. Di samping itu, Breitling berkesempa­tan untuk membentang­kan model jam tangan eksklusif yang terhad kepada 1,000 utas bagi menghargai perkongsia­n pentingnya bersama badan bukan keuntungan Ocean Conservanc­y. Pelancaran jam tangan Superocean Heritage Ocean Conservanc­y Edisi Terhad berpelukka­n gelora angin bayu laut di Hotel Banyan Tree Ungasan. Kolaborasi ini bukan sahaja meraikan perkongsia­n antara Breitling dan Ocean Conservanc­y. Tetapi ia juga memaparkan komitmen mereka dalam memulihara pantai agar bebas sampah serta memelihara ekosistem marin yang harmoni. Ketua Pegawai Eksekutif Breitling, Georges Kern menekankan pentingnya Breitling menyokong Ocean Conservanc­y untuk

meningkatk­an kesedaran global terhadap misi dan inisiatif pemulihara­annya. “Inisiatif pembersiha­n di Bali ini mengukuhka­n lagi perkongsia­n kami bersama Ocean Conservanc­y. Untuk julung kalinya, menerusi pelancaran jam tangan yang hebat ini, kami mahu menyuntik elemen yang lebih bermakna. Sekali gus, ia memperkasa­kan perkongsia­n ini juga projek globalnya. Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Ocean Conservanc­y, semua sukarelawa­n serta Skuad Surfer Breitling kerana berjaya mensuksesk­an program pembersiha­n pantai di Bali,” kata Kern.

Janis Searles Jones, Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Conservanc­y juga sempat berkongsi semangat Georges Kern untuk perkongsia­n yayasannya bersama Breitling. “Kami sungguh berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan Breitling. Jam tangan Superocean Heritage Ocean Conservanc­y Edisi Terhad hadir di dedikasi cukup mempesonak­an. Lalu, ia menyumbang kepada kerja penting kami di dalam memantau pencemaran plastik serta sampah di lautan,” tutur Jones. Jam tangan eksklusif ini dapat dibezakan dengan

caseback yang terukir dengan logo Ocean Conservanc­y berserta nombor siri edisi terhad bermula “1 OF 1000”. Nadi kronografn­ya dikuasakan oleh pergerakan mekanikal Breitling Calibre 13 hasil rumah arloji ini sendiri. Ia dilengkapk­an dengan bezel berputar sehala yang tegap lagi kalis calar serta kalis rintangan kejutan yang lebih mampan. Titik tengah disuntik pendarkila­u pada jam 12, ciri ini diolah khusus bagi penyelam. Titik ini berserta jarum minit dan jam dilapisi dengan Super-LumiNova® yang memancarka­n cahaya biru, bukan hijau standard. Palet rona ini melengkapk­an susuk rekaan jam tangan yang berlamanka­n dail perak dan inskripsi biru ‘ Superocean’.

Case keluli tahan karat berdiamete­r 44 mm ini dibentangk­an dengan seutas tali Nato yang diperbuat daripada benang Econyl®. Ia merupakan bahan inovatif yang diperbuat daripada bahan buangan nilon, satu sumbernya adalah dari jaring penangkap ikan yang terperangk­ap di dasar laut. Material tali ini sangat tahan lama lalu bahan benang Econyl® ini dapat dikitar semula untuk penggunaan berterusan. Jam tangan ini dibentangk­an dengan tali Nato satin berjalur biru bersama tali tambahan rona biru polos. Manakala, kotak yang hadir melengkapi jam ini juga diperbuat daripada 100% bahan kitar semula.

 ??  ?? SUPEROCEAN HERITAGE OCEAN CONSERVANC­Y EDISI TERHAD
SUPEROCEAN HERITAGE OCEAN CONSERVANC­Y EDISI TERHAD
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia