GLAM (Malaysia)

Swatch X Bape Menakluk Dunia

DUA JENAMA IKONIK BERGABUNG TENAGA DALAM KOLEKSI UNIK DIDEDIKASI­KAN KEPADA AUDIENS GLOBAL MEREKA.

-

Belum pun satu bulan berikutan pelancaran model baru Swatch Big Bold pada Mei lalu – yang direka sebagai respon kepada populariti gaya jalanan urban – Swatch membuat kejutan dengan melancarka­n satu lagi koleksi jam tangan baru. Yang menariknya, ia satu kolaborasi. Yang melihatkan Swatch berganding bahu dengan salah satu jenama urban

streetwear dunia, A Bathing Ape.

Di atas pentas streetwear, A Bathing Ape bertaraf legenda. Sebelum Supreme lagi, A Bathing Ape sudah lama bertapak sebagai peneraju industri

gaya jalanan bukan sahaja di negara kelahiran mereka, Jepun, tapi juga di serata dunia. Lebih dikenali dengan singkatan BAPE, A Bathing Ape juga bukanlah pemain baru dalam arena kolaborasi. Antara kerjasaman­ya dengan jenama lain yang langsung sukses termasuk kolaborasi bersama Comme Des Garcons, Kaws, Disney, Converse dan antara yang paling ikonik, bersama penyanyi Pharell, jenama Adidas dan tak lain tak bukan, bersama pesaing industriny­a sendiri, Supreme. Swatch juga bukan calang- calang jenama. Mana tidaknya. Selain populariti yang diraih lantaran rekaan-rekaan yang kreatif dan penuh imaginasi, inilah satusatuny­a jenama jam tangan yang telah berjaya menyelamat­kan keseluruha­n industri horologi Swiss

kala zaman kemerosota­nnya di hujung era ’ 70- an. Maka, pabila Swatch bertemu BAPE, something big is on the horizon!

Rujukan ‘ big’ itu cukup literal sebenarnya. Lanjutan daripada pelancaran Swatch Big Bold, koleksi Swatch X A Bathing Ape membentang­kan enam rekaan baru Big Bold diberi nama Big Bold BAPE. Masih mengekalka­n saiz gergasi 47 mm Swatch Big Bold, setiap satu model baru ini juga menerapkan signatur BAPE, yakni motif Camo dalam desainnya. Dilengkapi logo kepala gorila BAPE pada hujungjaru­m jam dan bahagian tali jam. Logo Swatch pula hadir lebih prominen daripada biasa. SATU PENJELAJAH­AN Berlangsun­g 31 Mei lalu, GL telah diterbangk­an ke Tokyo untuk menyaksika­n secara langsung pelancaran istimewa koleksi jam tangan Swatch X A Bathing Ape ini. Mungkin simbolik kepada kuasa Swatch dan BAPE untuk menakluki dunia, rekaan siri Swatch X A Bathing Ape didedikasi­kan kepada beberapa kotaraya global. Dibentangk­an di Roppongi Hills di dalam sebuah ruang putih, media diperkenal­kan kepada dua model pertama Big Bold BAPE: Big Bold BAPE Edisi Swiss yang berpaksika­n bandaraya Bern, merujuk asal-usul Swatch, dan of course, Big Bold BAPE Edisi Tokyo sebagai penghargaa­n kepada akar umbi BAPE. Big Bold BAPE Edisi Swiss diwarnakan hitam manakala model edisi Tokyo dilitupi cetakan Camo BAPE sepenuhnya.

Sejurus itu, sidang media dikejutkan dengan barisan bas bercorak Camo berwarna-warni. Para jemputan majlis kemudianny­a dibawa ke lokasi lain pula, yakni sebuah rumah agam ala Inggeris yang dijadikan tapak pameran untuk ahli Swatch X A Bathing Ape seterusnya, iaitu Big Bold BAPE Edisi London yang tampak menyerlah dengan dail merah digenggam case dan tali hitam. Satu tarikan unik, lokasi ini turut mempamerka­n seleksi barang kemas BAPE seperti rantai loket kepala gorila bertatah berlian dan ajnas batu permata.

Acara ini disusuli lawatan ke sebuah chateau Peranchis pula, di mana tetamu dihiburkan oleh penari-penari

burlesque persis adegan Moulin Rouge sambil berpeluang meneliti jam tangan seterusnya, Big Bold BAPE Edisi Paris dalam corak Camo berinspira­sikan palet bendera Peranchis. Destinasi selepas ini membawa kami ke restoran pizza ala Manhattan untuk mendekati, yup, Big Bold BAPE Edisi New York. Tampil putih dengan corak abstrak bak karya grafiti dalam percikan rona lembut kelabu, ungu, kuning, pic dan biru-hijau, model NY ini merupakan desain paling meriah setakat ini. Destinasi terakhir bertempat di 1 Oak, kelab malam yang pernah dikunjungi artis Hip Hop seperti A$AP Rocky, Tyga dan Future. Dan di sini, desain Big Bold BAPE keenam menjadi tumpuan. Big Bold BAPE Edisi Dunia, dengan peta dunia dalam corak Camo hijau pada latar putih, satu tribute buat warga dunia.

Himpunan Swatch X A Bathing Ape merupakan satu koleksi edisi terhad, dengan setiap satu edisi bandar itu terhad kepada 983 atau 1993 utas. Namun, hanya model Big Bold BAPE Edisi Dunia dijual di Malaysia dan telah pun dikeluarka­n pada 15 Jun lalu di butik Swatch Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur juga di atas talian. Dan respon terhadap jam tangan ini? Kesemua 140 utas Big Bold BAPE Edisi Dunia yang dibawa masuk ke Malaysia sold out dalam hanya 30 minit. Bukti kukuh pengaruh Swatch dan A Bathing Ape dalam menawan hati komuniti global.

 ??  ?? BIG BOLD BAPE EDISI TOKYO BIG BOLD BAPE EDISI NEW YORK
BIG BOLD BAPE EDISI TOKYO BIG BOLD BAPE EDISI NEW YORK
 ??  ?? BIG BOLD BAPE EDISI PERANCIS
BIG BOLD BAPE EDISI PERANCIS
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia