GLAM (Malaysia)

Stail Timeless Klasik

-

SUSUK REKAAN YANG RINGKAS BERGABUNG HASIL TEKNOLOGI CANGGIH MENCIPTAKA­N MODEL TERBARU BARONCELLI CALIBER 80 CHRONOMETE­R SILICON. SUSUK TERBARU INI DIPERKASAK­AN DENGAN LAMAN DAIL ANTRASIT BERTEKSTUR. LANTAS, KEHANGATAN KEMASAN PVD EMAS MERAH MENGHIASI INDEKS SERTA JARUM YANG HADIR MEMBIAS KEMEWAHAN PERINCIANN­YA.

Jam tangan bergaya timeless klasik ini dilengkapi dengan nadi pergerakan kronometer yang diperakui COSC berbahan spring imbangan silikon. Sebagai penambahan terbaru kepada ciri- ciri anti-magnetik, komponen ini menawarkan ketepatan yang efisien untuk jangka masa yang lebih panjang berbanding spring imbangan standard terdahulu. Ia kalis rintangan kejutan dengan lebih mampan.

Sehubungan itu, Caliber 80 menawarkan autonomi yang spektakule­r. Di mana, ia punya rizab kuasa sehingga 80 jam. Baroncelli Chronomete­r Silicon adalah model yang bermutu buatan Mido dalam menggabung­kan inovasi serta mendukung tradisi pembuatan jam. Langsung dipasarkan dalam kadar harga terendah. Gaya neoklasik yang dipengaruh­i seni Barok dari Galleri Vittorio Emanuele II di Milan mengungkap­kan pesona sofistikat­ed yang hadir dalam tradisi seni bina Itali. Demikian, Mido mengolah inspirasi untuk himpunan Baroncelli yang bernadi garis rekaan bermotif bulat. Referensi lembut lagi terperinci serta keharmonia­n bingkai lengkungan pada bangunan berprestij ini membiaskan auranya yang tak lapuk dek zaman. Spiritnya dikekalkan buat himpunan ini langsung menandakan ulang tahunnya ke- 40 pada tahun 2016.

Reka bentuk yang sofistikat­ed diolah dengan case 40 mm keluli

berbentuk bulat yang digilap. Lalu, ia menarik perhatian menerusi laman dail antrasit yang hadir lebih kontras. Corak slate atau tekstur batu semula jadi pada laman dail disempurna­kan dengan nada emas merah PVD yang menghiasi indeks dan jarum jam. Model terbaru ini dilindungi oleh kristal nilam bersiap rawatan anti-reflektif di kedua- dua belah permukaan jam. Perincian yang diperlihat­kan halus dari indeks yang dicanai. Begitu juga pada jarum jam serta minit yang diolah bercanai dengan permukaan kemasan yang berlainan. Satu sisinya ditampilka­n sandblaste­d, dan satu lagi sisi bersinar bak berlian. Secara tidak langsung ia menyerlahk­an keanggunan model ini yang bermain halus dengan kepelbagai­an material. Jarum saatnya kekal dicanai, sementara tingkap tarikh dipaparkan pada jam 3 berlatarka­n rona putih bagi meningkatk­an kejelasan bacaan.

Di bawah eksterior klasik ini, Baroncelli Chronomete­r Silicon menempatka­n gerakan kronometer automatik yang diperakui ketepatan COSC. Kaliber 80 citra Mido dilindungi oleh kristal nilam. Menjamin penglihata­n yang sempurna dari balik caseback telus. Ia membolehka­n pemakai mengagumi pergerakan kronometer canggih ini yang dihiasi skru biru berserta pengayun berjalur Geneva dan logo Mido. Jam kalis air sehingga 30 m atau pada kedalaman 100 kaki. Barconcell­i Chronomete­r Silicon disempurna­kan dengan tali yang elegan dari kulit lembu asli bercorak kulit buaya dengan gancu lipat keluli tahan karat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia