GLAM (Malaysia)

United Colours Of Rado

PENERAJU INOVASI JAM TANGAN SERAMIK, RADO MEMULAKAN REVOLUSI BARU DENGAN HIMPUNAN YANG PENUH WARNA DAN MAKNA.

-

Sebut sahaja nama Rado, dan imej yang akan terbayang di minda ialah seutas jam tangan seramik hitam. Dengan warisan lebih lima dekad, Rado punya status unik dalam dunia horologi Swiss selaku inovator seramik yang tiada tandingan. Kerana tiada jenama jam tangan lain yang punya kemahiran mengolah seramik sebijak Rado. Material berteknolo­gi tinggi ini nampak saja mudah tapi untuk memastikan seramik itu kuat dan tahan lasak, dan pada masa yang sama tampak anggun dan cantik, memerlukan pemahaman kimia dan kepakaran pembuatan yang luar biasa. But Rado makes it look so easy.

Antara cabaran terbesar bereksperi­men dengan seramik ialah warnanya. Secara tradisi, seramik biasa digarap hitam atau putih, kerana warna-warna ini paling mudah

untuk dicipta. Beberapa tahun kebelakang­an ini, warnawarna gelap seperti perang, biru dan hijau tua menemui pasaran. Sebagaiman­a yang diperkenal­kan oleh Rado sendiri dalam koleksi Rado True Thinline yang dibentangk­an di Baselworld 2018. Namun, untuk menghasilk­an seramik yang punya warna cerah? Idea itu seolah- olah sengaja mahu mencari nahas! Until now, that is. Mei lalu, GLAM Lelaki mendapat undangan amat eksklusif untuk melawat Zurich, di mana koleksi terkini Rado bakal diperkenal­kan kepada audiens global. Berlokasi di Hotel Atlantis by Giardino, Ketua Pegawai Eksekutif Rado, Matthias Breschan mengumumka­n satu kolaborasi istimewa antara Rado dengan Les Couleurs Suisse, badan yang telah diberi mandat oleh Fondation Le Corbusier untuk memelihara penggunaan palet warna khas untuk seni bina yang telah dihimpunka­n

oleh Le Corbusier sejak awal 1930- an dulu.

Salah seorang Bapa Seni Bina Moden, Le Corbusier telah memilih sebanyak 63 warna khusus yang dikatakan amat ideal untuk digunakan dalam rekaan seni bina. Total 63 warna itu pula dibahagika­n kepada 9 kumpulan yang berasingan, yang secara kolektif dipanggil Architectu­ral Polychromy. Dan setiap warna dan kumpulan itu punya relevansi, makna dan nilai seni bina tersendiri.

Dalam kolaborasi kreatif ini, Rado telah memilih satu warna daripada setiap satu kumpulan itu untuk mengasingk­an 9 warna unik yang kemudianny­a diterapkan ke dalam koleksi baru Rado True Thinline Les Couleurs Le Corbusier. CITRA WARNA And what a collection! Jam tangan Rado True Thinline itu sendiri sememangny­a sudah elegan dan kemas, dengan case berukuran 39 mm yang hanya berketebal­an 5 mm. Namun, bila dizahirkan dalam himpunan warna yang merentasi spektrum warna sofi stikated ke warna girang? Rado telah membuka ruang untuk seramik dilihat sebagai material yang bertenaga, dan fashion-forward. Rado sudah berjaya mencipta seramik dalam pilihan warna Kelabu Logam, Perang, Hijau Kelabu, Merah Jambu, Beige, Kuning, Krim, Jingga, dan Biru Ultramarin­e. “Sebenarnya kami telah mengambil masa lapan tahun untuk menyempurn­akan koleksi ini,” jelas Breschan. “Untuk mewarna seramik amat susah, apatah lagi untuk memastikan setiap bahagian seramik itu – daripada gelang hingga ke case – semuanya punya tona warna yang serupa.” Kalau ikutkan trend, seramik berwarna semakin popular menjadi material pilihan rumahrumah arloji. Tapi apabila rumah arloji lain hanya tertumpu pada case atau dail seramik, Rado menerapkan seramik pada hampir kesemua bahagian jam tangan. Kerana hanya Rado yang punya kepakaran untuk menghasilk­an setiap komponen seramik dalam warna yang sama, tanpa sedikit pun sisihan berbeza. Koleksi vibrant ini adalah terhad kepada 999 utas setiap warna. Ciri tradisi jam tangan Rado terjamin pada setiap jam tangan, iaitu tahan lasak, kalis calar, ringan dan selesa. Ideal sebagai satu fashion statement, tidak kira warnanya, jam tangan Rado True Thinline Les Couleurs Le Corbusier bersifat uniseks, satu pendekatan yang boleh dilihat pada kempen jam tangan ini. Koleksi Rado True Thinline Les Couleurs Le Corbusier boleh didapati di butik Rado Suria KLCC dan Pavilion Kuala Lumpur, bulan Ogos kelak.

 ??  ?? KOLEKSI RADO TRUE THINLINE LES COULEURS LE CORBUSIER
KOLEKSI RADO TRUE THINLINE LES COULEURS LE CORBUSIER
 ??  ?? RADO TRUE THINLINE LES COULEURS LE CORBUSIER
RADO TRUE THINLINE LES COULEURS LE CORBUSIER
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF RADO, MATTHIAS BRESCHAN (KIRI) BERSAMA DUTA RADO, YULIA PERESILD
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF RADO, MATTHIAS BRESCHAN (KIRI) BERSAMA DUTA RADO, YULIA PERESILD
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia