GLAM (Malaysia)

Dinosaur Zaman Moden

BILA OBSESI SI NOAH SEMAKIN MENJADI, MACAM BELUM ADA PENGHUJUNG­NYA.

-

Ada beberapa hari lagi sebelum Syawal meninggalk­an kita tapi

mood raya masih ON. Gambargamb­ar raya tak habis upload lagi, jemputan rumah terbuka masih mencurah masuk, baju raya pun ada yang tak pakai lagi!

Seperti tahun-tahun sebelum ini, datangnya bulan Julai, maka aku dan isteri akan mula merancang sambutan birthday Noah Daniyal. Tahun ni dia 3 tahun. Sambutan masih sama, simple family gathering tapi simple-simple pun sebab keluarga besar jadi ramailah jemputan

Extra work sikit tahun ni sebab sambutan digabungka­n dengan beberapa event lain – kenduri aqiqah Aniq Daniyal, kenduri kesyukuran

my in-laws dapat pergi haji dan kenduri kesyukuran kami masuk rumah baru ( finally). Semalam tanya Noah dia nak kek apa. As

expected, dia minta kek dinosaur. Lama rupanya fasa dinosaur ni. Aku dan isteri try suggest kek lain, dia minta baby shark pula. Aduhai, fasa

baby shark pun tak habis lagi ni. Kami suggestlah tema Spiderman since lately ni dia macam into Spiderman. Dia boleh kata dia tak nak Spiderman sebab Abang Syakir ( cousin dia) suka Spiderman juga. Banyak pula isunya. Lepas tu dia balik ke kek dinosaur dia.

Aku perasan, budak-budak sekarang sangat terdedah kepada perihal dinosaur ni. Aku tengok anak-anak orang lain pun ramai yang very

interested and obsessed dengan dinosaur. Tak macam zaman aku, tahu dinosaur pun bila dah start sekolah. Itu pun sampai sekarang yang aku

kenal berapa jenis je. Anak aku yang baru nak masuk 3 tahun tu lagi ‘terer’.

Ada juga budak yang aku tahu dah boleh sebut nama-nama dinosaur tu semua, boleh bezabezaka­n pula lagi. Aku tahu T-Rex, Velocirapt­or dengan Branchiosa­urus je. Itu pun sebab tengok Jurassic Park, haha. Budak-budak sekarang dah macam ensikloped­ia dinosaur. Tapi baguslah, ini semua

knowledge, buat dia orang berfikir dan mengenal ciptaan Allah seterusnya mensyukuri nikmat-Nya.

Budak Noah ni memang menjadijad­i obses dia dengan dinosaur

especially T-Rex. Pantang jumpa mesti nak beli. Hari tu dia nak patung T-Rex yang kecil sikit je daripada dia. Sudahlah mahal, buruk pula tu. Aku tak setuju. Aku suruh beli yang kecil je, nampak lagi real. Ini harga mahal tapi kualiti macam boleh beli kat GM je.

Dia punya pujuk, nak juga. Peluk dan angkut pusing toy store tu. Aku memang tak berkenan, memang tidaklah aku nak beli. Jadi, aku lancarkan perang saraf. Aku ‘psycho’ dia, aku kata nanti malam-malam T-Rex tu hidup dan panggil-panggil dia ajak main, haha. Mula-mula dia tak percaya tapi aku hasut lagi dan lagi, siap bagi senario lagi kalau-kalau aku dan Umi dia tak ada dalam bilik, siaplah dia kena makan dengan T-Rex tu.

Lama dia fikir, ‘last-last’ dia cakap tak apa lah, dia tak nak T-Rex tu. Yes, berjaya! Tapi aku ‘counter’ baliklah, aku bagi dia beli dinosaur lain. Dia ambil T-Rex juga tapi yang kemas lagi buatannya dan nampak lebih real. Okeylah, takde lah harga mahal yang amat macam yang tadi tu.

Kadang-kadang bengang juga dengan dinosaur ni bila hari-hari kau nak kena

“KADANG-KADANG BENGANG JUGA DENGAN DINOSAUR NI BILA HARI-HARI KAU NAK KENA HADAP BINATANG TU DEKAT TV. NAK PULA BILA BINATANGBI­NATANG TU BERGELIMPA­NGAN DALAM RUMAH DAN KAU PULA BARU SAJA LEPAS TERPIJAK SEEKOR DUA, HAHA...”

hadap binatang tu dekat TV. Nak pula bila binatang-binatang tu bergelimpa­ngan dalam rumah dan kau pula baru saja lepas terpijak seekor dua, haha. Memang menyirapla­h. Nak marah tapi tak jadi marah bila kita kena marah balik sebab pijak dinosaur dia atau kita tukar channel TV sebab dia nak tengok cerita yang dah ulang berapa puluh kali. Jurassic Park tu dah berapa kali ulang sampai aku

confuse aku dah tengok ke belum. Fikir-fikir balik, orang kata ini salah satu fasa yang kanak-kanak akan lalui. Lama-lama nanti dia semakin membesar, dia lupalah bila dia dah ada minat yang baru. Berapa lama fasa tu, berbezabez­alah setiap individu, so tunggu dan lihat sajalah perkembang­annya.

Tapi aku tak ada masalah sebenarnya dengan obsessi pada dinosaur ni. Sebenarnya ia membantu perkembang­an otak kanak-kanak. Minat yang dipupuk sejak kecil mungkin suatu hari nanti akan menjadi kerjaya dia. Bermula dengan toys yang tak bernyawa, akan lahir rasa ingin tahu, lalu sikit demi sedikit dia akan mula mencari untuk lebih mengenali ciptaan Illahi. Daripada situ, harapnya akan lahirlah rasa kesyukuran dalam diri dia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia