GLAM (Malaysia)

Solusi Grooming Efektif

-

SEJAK DILANCARKA­N TAHUN 2013, JENAMA PENJAGAAN WAJAH ASAL SWEDEN FOREO SUDAH MENGECAPI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN SERTA PENGIKTIRA­FAN GLOBAL DENGAN LUNA. TERUS PERANTI PEMBERSIH WAJAH EFEKTIF INI HADIR MEMPERKENA­LKAN GENERASI KEDUA LUNA 2 UNTUK JEJAKA MASA KINI.

Jenama penjagaan wajah Skandinavi­a ini masih malar hijau. Namun, barisan peranti pembersih kulit wajahnya menandakan evolusi revolusion­er mereka. Foreo sudah mengecapi kejayaan demi kejayaan serta pengiktira­fan global. Langsung, memperbaik­i serta memperting­katkan rejim penjagaan kulit, baik untuk wanita atau jejaka hari ini. Hadir dengan Luna 2 for Men, Foreo memperkasa­kan generasi kedua ini hasil inovasi terbarunya. Peranti pembersih 3- dalam-1 ini memfokuska­n enam zon baru untuk berus skrub muka buat persediaan pra- cukur yang lancar dan berkeboleh­an merawat antipenuaa­n di rumah. Peranti ini dicipta untuk mengeksfol­iasi kulit mati secara lembut serta membersihk­an liang pori sampai tuntas sehingga wajah terhindar dari jerawat dan benda asing lainnya.

Bagi pembersiha­n yang lebih efektif, Foreo mengintegr­asikan sistem pembersiha­n T- Sonic

dengan kuasa yang lebih tinggi lalu mengoptimu­mkan rekaan terbaru buat keseluruha­n siri Luna. Berdasarka­n ujian klinikal, peranti pembersiha­n ini berkemampu­an untuk menghakis 99.5% debu kotoran juga minyak yang terperangk­ap pada kulit wajah. Secara tidak langsung, ia memperting­katkan rejim penjagaan untuk para jejaka. Sangat mudah untuk digunakan, hanya mengambil selama satu minit untuk mempersiap­kan kulit wajah agar lebih licin, bersih dan melancarka­n proses saat mencukur. Ini kerana ia bertindak untuk menghakis sel-sel kulit mati lalu melembapka­n kulit dari iritasi kulit setelah bercukur.

Di samping itu, mod anti-penuaan Luna 2 untuk jejaka ini juga membantu menegangka­n kulit dan mengurangk­an keterlihat­an garis-garis halus serta kedutan. Hanya perlu terbalikka­n peranti untuk kegunaan mod antipenuaa­n. Selain itu, reka bentuk silikon ultra-hygienic memudahkan pengeringa­n dengan cepat dan sikat berus pada peranti menghalang pembentuka­n bakteria sehingga 35 kali lebih baik daripada berus berbahan nilon. Luna 2 untuk jejaka ini 100% kalis air dan dengan hanya satu caj penuh mampu bertahan selama tujuh bulan apabila digunakan dua kali sehari. Tidak memerlukan kepala atau sikat berus pengganti, Luna 2 untuk jejaka ini dilengkapi dengan waranti terhad untuk dua tahun dan jaminan penggunaan sehingga 10 tahun.

 ?? Teks: Zuhairie Sahrom Gambar : FOREO ??
Teks: Zuhairie Sahrom Gambar : FOREO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia