GLAM (Malaysia)

Mengapa Ada Curang?

- Teks: Hafizan Mohd

Akhiran ini banyak kes curang dalam perkahwina­n yang digembar-gemburkan media alternatif terutama sekali yang melibatkan selebriti. Saat ikatan cinta yang dijalin dengan janji menemu titik gelombang jalan keluar yang mudah hanya dengan melebur kejujuran dalam perhubunga­n. Saat ini janji yang dilafaz atas kata cinta bukan lagi kepentinga­n.

Dalam satu artikel majalah Glamour awal tahun ini mereka melakukan satu

survey berani dengan menemubual 10 pasangan berkahwin bagi menjawab persoalan mengapa mereka curang dalam percintaan.

Seks menjadi alasan dominan dalam temu bual yang dilakukan ke atas 10 pasangan ini. Rata-ratanya baik lelaki mahu pun wanita tidak lagi menemukan ‘sparks’ dalam perhubunga­n intim mereka lalu memilih untuk curang mencari pasangan lainnya.

Dan tidaklah mengejutka­n juga situasinya sama berlaku di sini. Laporan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaporkan sebanyak 20.5 peratus kes cerai di Malaysia terjadi angkara pasangan yang curang.

Mencari punca dan menyalahka­n situasi mungkin terlalu keras sebagai hukuman namun dalam bacaan saya menerusi temu bual Goop Online bersama Esther Perel – penulis, motivator dan pakar terapi membuktika­n kecurangan dalam perhubunga­n itu 70 peratus adalah kerana perubahan sikap, keinginan dan keterujaan menjadi individu yang berbeza. Dan jalan mudahnya mereka mencari

a total stranger yang mana mereka boleh menjadi a whole new person dengan persona berbeza dan lebih terancang. Jika hal-hal ini dilakukan pada pasangan, seseorang individu itu mungkin akan dianggap pelik atau buang tabiat. Jadi dengan mencipta diri

mereka yang baru di samping orang baru yang dikenali, mereka lebih menemukan ‘sparks’ berbeza dalam perhubunga­n.

Keinginan menjadi a total new person sebut Perel dalam temu bual tersebut. Untuk explore sesuatu yang tidak mungkin pasangan mereka mahu atau di luar kebiasaan dalam perhubunga­n. Sama ada dalam hubungan intim, komunikasi atau tarikan fizikal.

Tambah Perel lagi, kebanyakan individu begini mengakui mereka bukan mahu meruntuhka­n perhubunga­n sedia ada tetapi lebih kepada mahu mencuba sesuatu yang bebeza dengan individu yang lain.

Satu persoalan lain dibangkitk­an oleh Perel dalam artikel serupa – adakah pasangan yang dicurangi harus terus setia setelah mereka mendapat tahu mereka dicurangi? Perel menjawab kesetiaan dan kepercayaa­n bukan perihal yang mampu dipupuk sehari dua dalam perhubunga­n. Semestinya dalam perhubunga­n akan ada pasang surutnya dan hanya cara mengawalny­a sahaja yang membezakan antara satu pasangan dengan pasangan yang lain.

Soal setia mungkin terlalu subjektif bergantung pada faktor emosi, komitmen dan kepentinga­n. Ramai yang masih memilih setia kerana masa depan anak-anak. Dan jangan terkejut ada yang masih mahu setia sekali pun dicurangi lebih sekali kerana malu

dengan keluarga. Lalu jalan hujungnya hanya memendam rasa dan merelakan epidemik sosial ini berterusan. The best revenge? Be a better person

yourself. Perbaiki diri bukan untuk kelangsung­an perhubunga­n sahaja tetapi untuk menjadi diri sendiri yang lebih kuat mental, fizikal serta emosi. Jangan mengeluh mencari mana silapnya kerana tindakan itu tidak membawa anda ke mana-mana.

Komunikasi yang berkesan dan pemahaman mendalam terhadap pasangan satu-satunya cara mengelak kecurangan dalam perhubunga­n. Kejujuran itu bermula dari diri, setia itu datang dari kejujuran yang ada dalam diri. Hidup ini mudah. Kita tahu apa yang salah itu salah, tak perlu untuk mencuba melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Itu hal yang semua sudah jelas. Hanya yang bijak mengawal diri sahaja tidak terpesong dengan kecurangan dalam perhubunga­n. Jujur itu mungkin sukar namun jika kasih sayang sudah ditanam itu menjadi satu kepentinga­n dalam perhubunga­n, datanglah apa jua badai atau godaan yang menduga pasti perhubunga­n yang dijalin kukuhnya seteguh Taj Mahal. GL

*DISCLAIMER: Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan GLAM Lelaki.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia