GLAM (Malaysia)

KEEP ON HUSTLIN’

-

Topik hangat dalam dunia fesyen kini ialah keputusan konglomera­t LVMH untuk membuka rumah fesyen mewah khusus buat jenama milik penyanyi Rihanna, iaitu Fenty Maison. Ini adalah kali pertama LVMH melancarka­n rumah fesyen serba baru sejak Christian Lacroix (1987) dan kali pertama wanita berkulit hitam mengetuai rumah fesyen Eropah dalam 182 tahun. Satu momen amat bersejarah.

Biarpun disambut dengan penuh excitement oleh peminat-peminat Rihanna, semestinya ada yang tak puas hati. Mereka kata, sebagai seorang selebriti, Rihanna tidak punya latihan formal dalam mereka fesyen. Juga, mereka rasa syarikat-syarikat seperti LVMH seharusnya menyokong pereka-pereka muda yang berbakat dan berpotensi tapi tak punya modal untuk memperkemb­angkan bisnes mereka.

Well. Aku kemukakan bidasan pertama dulu: sejarah fesyen sudah membuktika­n, you don’t need fashion training to become a successful fashion designer. Rei Kawakubo mempelajar­i seni halus dan sastera, bukan fesyen. Thierry Mugler, Virgil Abloh dan Tom Ford kesemuanya berjurusan seni bina. Raf Simons adalah graduan seni reka industri dan perabot. Malah, Miuccia Prada sendiri punya PhD dalam Sains Politik. Masingmasi­ng pereka fesyen yang berjaya, kerana mereka

punya visi dan kreativiti yang lain daripada yang lain.

They have a point of view. Rihanna pula disanjung sebagai ikon fesyen yang berani, so it would be interestin­g untuk melihat sentuhan estetikany­a dalam satu koleksi. Yes, she’s a pop star. Tapi, begitu juga Victoria Beckham, bukan?

Berkaitan memberi peluang kepada pereka-pereka muda pula... well, itu rezeki masing-masing. Sokongan terhadap pereka muda tak semestinya jatuh di bahu syarikat korporat, tapi juga pada media dan konsumer. Adakah kita membeli rekaan-rekaan mereka? Are we helping to promote them?

Kita tak boleh duduk diam mengharapk­an rezeki datang bergolek. Samada kita pereka muda, penulis, pekerja korporat... suka tak suka, we have to hustle. Kalau ada syarikat nak datang tolong kita, bagus. Kalau tiada, keep on hustlin’.

Ambil contoh bakat di sampul depan kami bulan ini. Shukri Yahaya (ms. 56) menemui rezekinya dalam bidang lakonan hanya kerana dia terdesak apabila tidak mempunyai pendapatan tetap. Seperti Rihanna, Shukri pun tiada latihan formal dalam bidang yang diceburiny­a. Tapi lapan tahun kemudian, lebih 30 drama bersiri kemudian, look at where he is now. Yang penting, untuk berjaya, kita perlu ikhlas dan jujur dalam bekerja, sambil panjatkan doa agar pintu rezeki sentiasa dibuka untuk kita. And have a point of view. Pegangan diri itu penting untuk membezakan kita dengan yang lain.

KITA TAK BOLEH DUDUK DIAM MENGHARAPK­AN REZEKI DATANG BERGOLEK. SAMADA KITA PEREKA MUDA, PENULIS, PEKERJA KORPORAT... SUKA TAK SUKA, WE HAVE TO HUSTLE.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia