GLAM (Malaysia)

INTI PATI BLACK BAY

-

Tudor memperluas­kan penawaran model Black Bay 32 / 36 / 41. Kini ia boleh didapati dalam versi S&G (Steel & Gold) dengan tali gelang berjalin lima dalam material emas kuning dan keluli, yang mana eksklusif untuk barisan model-model ini. Bersusuk rekaan sporty dan lebih elegan dari sebelumnya, model Black Bay 32/36/41 S&G mengekalka­n ciri- ciri estetik Black Bay dengan kewibawaan­nya. Di samping, terkait sama sejarah ketukangan jam tangan penyelam Tudor ini. Diolah dengan spirit yang sama sebelumnya, perkenalan terbaru ini menambah kualiti yang berharga buat barisan S&G. Di mana ia menggabung­kan keluli berkemasan gilap dan satin lalu memperliha­tkan perincian yang kontras lagi terperinci. Tidak lupa hadir dalam dua pilihan laman dail antara berlakuer hitam atau kilauan kemasan satin sunray rona champagne.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia