GLAM (Malaysia)

GO BIG, GO BOLD!

-

Diolah dengan idea yang bold lantas direka untuk mereka yang berpersona­liti berani dalam mengekspre­sikan diri. Swatch memperkena­lkan koleksi Big Bold lalu memaparkan enam model jam tangan terbaru dan setiap satunya diolah berbeza. Disuntik energi gaya jalanan urban, jam Big Bold juga merupakan pelengkap aksesori yang berani kerana ia hadir dengan case bersaiz 47 mm. Big Bold adalah sikap, pemikiran dan cara penampilan yang berkeyakin­an tinggi. Dari BBBlack ke BBBeauty, kesemua model baru ini ditutupi dengan kaca melengkung. Langsung, menghadirk­an kontras cetakan 3D pada laman dail serta pada tali jam dalam rona utamanya yang menyerlahk­an lagi keperibadi­an jam tangan ini. Tidak lupa juga, jarum jam dan minit berbentuk busur disuntik Superlumin­ova bagi keterbacaa­n jelas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia