GLAM (Malaysia)

JULANG PENDAKIAN GUNUNG

-

Pengarah kreatif Techné, Francis Jacquerye punya latar belakang famili yang luar biasa. Dilahirkan di Congo yang disambut oleh pakar bedah Walloon dan ahli sejarah kaum Bantu. Francis kemudian dibesarkan di Belgium, Kanada dan Great Britain sebelum bekerja sebagai pereka perindustr­ian di Itali, Switzerlan­d serta Sweden. Pendakian gunung tahun 2002 telah membantu bagi mengabadik­an keazamanny­a. Francis melancarka­n paten reka bentuk jam tangan pertamanya di pasaran. Langsung, menyelesai­kan perantisan dalam ketukangan barang kemas kemudian mengendali­kan operator pemasangan jam tangan di Geneva. Tahun 2007, Francis mendaftark­an tanda dagangan Techné yang diambil daripada perkataan kuno Greek bermaksud teknik. Sehingga hari ini, sudah lebih 15,000 utas jam tangan terjual di empat benua menerusi lebih 85 kedai. Himpunan Merlin terus sukses dan di Malaysia, Techné Instrument­s bernaung eksklusif di bawah butik Time Zone, Ampang Point.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia