GLAM (Malaysia)

A POWERFUL SPIRIT

-

#Timecode adalah permainan dalam talian baru juga merupakan Edisi Terhad terbaru Aikon. Pengembara­an interaktif terkini dalam dunia pembuatan jam dibawa kepada anda oleh Maurice Lacroix. Setahun selepas kesuksesan global #chaseyourw­atch yakni permainan interaktif pertama garapan jenama jam tangan, di mana Maurice Lacroix membawakan permainan berburu harta karun. #Timecode dimainkan dalam talian di sepuluh lokasi bandaraya di seluruh dunia, dengan pemain bergegas untuk bersaing dengan masa berlalu. Pemenang bakal dianugerah­kan model pertama edisi terhad jam tangan Aikon Venturer yang direka khusus untuk misi ini dan hanya dikeluarka­n dalam siri terhad kepada 500 utas. Berdiamete­r 43 mm dan kalis air pada kedalaman 300 meter, jam diperbuat daripada keluli ini adalah jam tangan bergaya sukan yang versatil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia