RAWATAN MUKA PADA BILA-BILA MASA

Ampoules On-TheGo Memudahkan Percutian Anda

GLAM - - Horologi Glam -

Kempen Sothys Essential Ampoules On-The-Go The-Go yang paling digemari kini kembali dengan penuh gaya! Sothys Ampul siri klac OnThe-Go merupakan konsep penjagaan kulit kompendium perjalanan peribadi dengan empat warna neon yang digunakan bermaksud untuk dianggapka­n sebagai berani dan tersendiri untuk gaya hidup yang aktif. Empat variasi ampul merangkumi bahanbahan aktif pekat untuk memenuhi pelbagai jenis kulit dan keprihatin­an. Merah jambu untuk Oxygenatin­g, Biru untuk Hydrating, Kuning untuk Brightenin­g, dan Kelabu untuk Anti-Aging. Klac direka khas untuk gaya percutian yang terunggul dengan ucapan berinspira­si yang bersesuaia­n dengan fungsi untuk setiap set ampul bertujuan untuk mendefinis­ikan lagi rejim penjagaan kulit anda yang sedia ada untuk penambahba­ikan kulit! Menurut nurut Sothys, ampul ini berfungsi si paling baik apabila digunakan an dengan kerap dan konsisten. Anda tidak perlu menggunaka­nnya setiap hari melainkan jika anda berada di dalam mood untuk memanjakan diri yang lebih ekstra. Untuk cara-cara penggunaan, adalah lebih disarankan jika anda membersihk­an wajah terlebih dahulu. Seterusnya, sapukan setengah ampul ke muka dan leher pada waktu pagi, simpan separuh lagi baki di dalamampul untuk rejim pada waktu malam. Menekan residu produk secara lembab pada kulit wajah untuk memastikan ia diserap sepenuhnya, kemudian teruskan dengan serum dan pelembap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.