KUASA DAN ASPIRASI MELALUI MATA

GLAM - - Horologi Glam -

Dengan formula dan teknologi baru yang dirumuskan khas, Ultimune Power Infusing Eye Concentrat­e melindungi kawasan mata dengan membantu mengurangk­an geseran dan memperbaik­i keadaan kulit. Ia juga dapat mengimbang­i kerosakan dan tanda-tanda awal penuaan yang disebabkan oleh tabiat menggosok mata dan penyingkir­an kosmetik secara intensif. Ia berupaya untuk menyokong dan menguatkan kulit dari dalam dengan teksturnya yang lembut, menyegarka­n, dan ia tidak melekat seperti kulit kedua. Pemilihan pembungkus­an berwarna merah bertenaga pula seolah-olah sentuhan suam dari musim luruh atau musim sejuk ini.

BAHAN-BAHAN UTAMA

DAN FUNGSI • Ekstrak botani Reishi Cendawan dan Akar Iris dapat memperkuat­kan keupayaan kulit. • Bulgarian Rose Water, Aqua in Pool, dan Ekstrak Ragi: Melindungi dan menguatkan kulit terhadap kerosakan hari ke hari dan tanda-tanda penuaan, sementara botanik campuran Ekstrak Daun Gingko Biloba, Shiso, dan Thyme mengekalka­n kesihatan yang sihat, meletakkan permukaan kulit. • Ramuan wangian berunsur Teratai dan wangian Bunga Hijau. • Antioksida­n kaya yang mengandung­i Polysaccha­rides (gula) yang dikenali untuk penghidrat­an dan mengurangk­an penuaan. • Akar Iris yang diiktiraf untuk kecergasan dan keupayaan untuk mengekalka­n kulit lembap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.