GLAM (Malaysia)

DATIN X

-

Ramai sungguh yang buat rumah terbuka tahun ini, sampaikan Datin X terpaksa ulang baju demi memenuhi jemputan. Dalam ramai-ramai tetamu, pelbagai gelagat manusia yang Datin X lihat dan tidak kurang juga terdetik dalam hati, betapa ramainya orang kaya di Malaysia ini. Kediaman dan hiasan dalaman semua serba gah, mewah. Baju Raya juga semuanya harga ribuan belaka. Itu belum lagi kira beg sedondon LV Petite Malle atau beg Saddle Dior terbaru; dan kasut pun kalau bukan Roger Vivier, Giuseppe Zanotti. Tidak cukup di rumah sendiri, anjur rumah terbuka di hotel pula. Datin X ada masanya kurang faham bila orang kata ekonomi makin mundur, bila orang sekarang nampak gaya lebih kaya dari biasa!

BILA TUA TERPAKSA MEMINTAMIN­TA

Pada sebuah majlis rumah terbuka, Datin X tidak berkelip mata merenung seorang lelaki tua di satu sudut meja. Duduk bersendiri­an, tanpa sesiapa menemani. Bertanyaka­n pada tuan rumah, barulah Datin X sedar yang lelaki itu seorang bekas ahli politik yang dikenali di utara tanahair. “Eh, mengapa berbeza sungguh rupanya? Bukankah Datuk itu baru berumur dalam 50-an? Muda lagi, tetapi kenapa nampak tersangat tua?”

Soalan demi soalan akhirnya terjawab apabila anaknya menerangka­n yang bapanya sedang menderita sakit kronik. Ya Allah, kasihan sungguh Datin X tengok. Baru sahaja beberapa tahun lalu Datin X jumpanya dalam keadaan ceria, sihat, masih gagah travel ke sana-sini. Dahulunya dia aktif seperti orang jauh lebih muda, kini sakitnya memakan diri. Kurus, cengkung, bongkok… sampaikan ramai tetamu tidak menyedari akan kehadirann­ya di situ.

Kebetulan di majlis sama, bekas isteri Datuk itu juga turut hadir bersama cucu-cucunya. Ex-Datin itu tampak gembira, masih jelita walau sudah dimamah usia. Asyik bercerita mengenai cucucucuny­a, jelas sekali dia begitu bahagia memasuki hari tuanya. Nak jadi cerita, mereka ini bercerai di usia lewat akibat kehadiran orang ketiga. Datuk pasang baru lalu menceraika­n yang pertama. Isteri muda memang sangat muda, hampir seusia dengan anak sulung mereka.

Dan apabila Datuk jatuh sakit, dia mula buat hal kemudian akhirnya meminta untuk diceraikan. Datuk pula sudah tidak berdaya untuk melayani drama isteri dan atas nasihat keluarga, dia memenuhi kehendak isteri muda untuk berpisah. “Jadi sekarang ini, Datuk tinggal menumpang di rumah keluarga adiknya. Iyelah, sudah sakit kuat dan kenalah ada ahli keluarga yang tolong tengokkan. Itu pun banyak benar dengar kisahkisah kurang sedap dari keluar mertua adiknya. Khabarnya suami si adik tidak selesa bila ada orang ‘asing’ tinggal bersama. Sakit pula tu.

Agenda keluarga sering terbantut kerana ada jadual ubat, makan, doktor dan macam-macam lagilah. Adiknya adalah upah orang gaji… tapi susah untuk diharapkan 100 peratus.”

Khabarnya, Datuk terpaksa memujuk adik sendiri untuk membenarka­n dia tinggal bersama. Tetapi Datin X percaya, pasti Datuk ada membayar wang kepada keluarga adiknya, masakan mereka sanggup terima. Kederat sudah tiada, terpaksala­h memberi ‘upah’ kepada setiap orang yang membantu apatah lagi menjaganya. Sebab Datuk memang kaya–raya dan berharta, namun sungguh menyedihka­n kala tuanya dan jatuh sakit, terpaksa meminta-minta seperti orang tiada apa.

Datin X turut diberitahu yang adik-beradik Datuk juga dalam diam-diam sudah sibuk membuat perancanga­n tentang mengagihan harta. Dalam kata lain, manalah tahu kalaukalau Datuk pendek umur, tidaklah keluarga berantakan akibat berebut harta. Iyalah, walau pun Datuk cuma bekas ahli politik, umum tidak sedar yang dia juga memiliki banyak property di dalam dan luar negara. Itu tidak termasuk perniagaan-perniagaan lain termasuk syarikat yang mengambil Datuk sebagai sebahagian dari lembaga pengarah mereka. Ada teman di law firm memberitah­u, salah seorang abang Datuk datang meminta konsultasi mengenai prosedur wasiat dan pembahagia­n harta selain penukaran nama dalam perniagaan. Tetapi adik Datuk lah yang paling bijak, sanggup mengambil Datuk tinggal bersama. Oleh yang demikian, semua urusan kewangan dan keputusan perniagaan diketahui adik dan suaminya, malah ada kalanya Datuk mendapatka­n bantuan suami isteri itu untuk menyelesai­kan urusannya. Oh, si adik awalawal lagi sudah masuk jarum nampaknya. Maka adik-beradik lain pula sudah tidak senang duduk. Mungkin memikirkan kemungkina­n adik pula yang dapat harta lebih berbanding dengan abangabang lain.

“Itulah, orang dah nasihat tapi degil tak mahu ikut,” sampuk ibu saudara Datuk. “I told him off… usia dah lanjut, fikir seribu kali kalau mahu cerai. Sebab isteri yang tua itulah nanti yang akan jaga kita masa sakit esok. Ini dah berjalan pun kena orang pimpin, tiada isteri nak tolong jagakan dan harapkan keluarga pula, seperti mahu tak mahu. Duit banyak mana sekali pun, boleh bayar 10 private nurse sekali pun… manakan sama dengan layanan isteri sendiri.”

Anak-anak tiada yang membantu? “Semua sibuk dengan hal sendiri. Semua cuba lepas tangan. Lagipun mereka masih berjauh hati dengan bapa kerana meninggalk­an ibu mereka.” Hmm… takut pula Datin X nak komen. Kita rasa kita sudah jaga anak-anak kita sepenuh hati. Mana tahu di masa depan… hati manusia mudah berbolak-balik. Moga-moga anak-anak kita antara yang menjaga kebajikan ibu bapa hingga ke hari tua kelak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia