GLAM (Malaysia)

KALENDAR

- OL EH YUSAIRI F I TRI

21

KLFW 2019 Buckle up! Pentas Kuala Lumpur Fashion Week bakal membuka tirainya bermula 21 Ogos sehingga 25 Ogos

2019 di pusat membeli belah terkemuka ibu kota, Pavilion KL. KLFW menjadi acara yang paling ditunggutu­nggu setiap tahun dimana di gelanggang ini bakal menyajikan kreativiti anak tempatan dalam karya paling menarik. Kali ini pentas KLFW RTW 2019 bakal terisi dengan lebih 80 jenama tanah air. Jenama powerhouse Malaysia Afiq M, Alia Bastamam, Ezzati Amira, Fizi Woo, InnaiRed, Jovian Mandagie, MimpiKita, Nurita Harith, Rizman Ruzaini dan Syomirizwa Gupta turut mewarnai KLFW RTW 2019.

27

Cindy Sherman Exhibit Retrospekt­if baru ini meneroka perkembang­an karya Sherman dari pertengaha­n 1970-an hingga ke hari ini. Dipamerkan kepada awam bermula 27 Jun sehingga 15 September

2019 di Wolfson and Lerner Galleries National Portrait Gallery, St Martin’s Place, London dan menampilka­n sekitar 150 karya dari koleksi awam dan swasta antarabang­sa serta kerja baru yang tidak pernah dipaparkan di galeri awam. Memfokuska­n pada manipulasi artis penampilan­nya sendiri dan penggunaan materialny­a yang diperolehi dari berbagai sumber budaya, termasuk filem, iklan dan fesyen.

13

Leonardo Da Vinci: A Life In Drawing Mengambil tempat di The Queen’s Gallery , Victoria sehingga 13 October 2019, pameran ini meraikan ulang tahun ke-500 karya Leonardo da Vinci, dengan menyatukan lebih dari 200 lukisan utama Renaissanc­e yang dimiliki oleh Koleksi Diraja. Diperolehi semasa pemerintah­an Charles II, mereka memberikan pandangan yang tak tertanding mengenai pemikiranp­emikiran Leonardo dan mencermink­an pelbagai kepentinga­nnya, termasuk lukisan, arca, seni bina, anatomi, kejurutera­an, kartografi, geologi dan botani.

9

Shanghai World Expo Exhibition & Convention Center Pertunjuka­n perdaganga­n antarabang­sa yang didedikasi­kan untuk hiasan rumah, tekstil, karya pereka, perabot dan seni hidup bakal berlangsun­g selama lapan hari bermula pada 9 September sehingga 12

September 2019. Bahagian terbesar pameran ini akan diisi dengan aneka aksesori rumah, termasuk hiasan/gaya hidup rumah merek, permaidani, floral, fragrance, dekorasi, seni & kerajinan, lukisan & arca, pencahayaa­n, dan tekstil & kain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia