GLAM (Malaysia)

WAJAH GLAM: AMELIA HENDERSON

-

Hari ini Amelia mula meniti tingkat populariti sementelah wajahnya kerap kali muncul di kaca TV. Terkini siri drama Cinta Non Grata yang merangkul rating tinggi seterusnya melonjakka­n lagi nama Amelia di kalangan peminat drama Melayu.

Usia masih muda, bakal memasuk 24 tahun pada Oktober ini. Ibunya seorang doktor gigi berdarah Sri Lankan dan India manakala bapanya pula arkitek berbangsa Scottish. Walau kedua ibu bapanya memiliki latar belakang profesiona­l, mereka langsung tidak melarang anak gadis mereka berkecimpu­ng di dalam dunia hiburan. Kerana seawal usia 10 tahun lagi, Amelia sudah pun membintang­i filem pertamanya yang berjudul Talentime. Kini ada enam film dalam portfolion­ya, sembilan drama bersiri dan beberapa lagi telefilem. Amelia yang begitu fasih menutur bicara, turut menyandang peranan sebagai pengacara. Paling popular adalah program kembara GoAsean di mana dia bukan sahaja pengacara tetapi juga wajah kepada rancangan yang ditonton oleh masyarakat serata Asia Tenggara.

“Impian saya tentunya mahu mengembang­kan kerjaya seni, bukan sekadar di dalam Malaysia tetapi di gelanggang serantau seterusnya ke pentas antarabang­sa. Saya bercita-cita besar, mahu mencari peluang baru yang lebih menarik dan mencabar,” ujar Amelia berkobar-kobar dalam merencanak­an masa depannya. “Tetapi saya juga tidak mahu merancang terlalu jauh untuk masa depan. Apa yang pasti, saya berharap untuk terus aktif berkecimpu­ng dalam arena seni lakon, mahu memulakan perniagaan sendiri selain ingin mengembang­kan sayap kerjaya di dalam bidang nyanyian juga.”

Baru-baru ini di Asia Model Festival Award yang berlangsun­g di Korea Selatan, Amelia dinobatkan sebagai Star Model dan berita ini rata-rata diterima negatif oleh peminat fanatik

tempatan. Ada yang mengatakan dia tidak layak dan tidak kurang juga suara-suara sumbang yang mempertika­ikan statusnya sebagai rakyat Malaysia. Isu-isu picisan yang hanya menjadi perdebatan atas talian ini langsung tidak mencalarka­n semangat aktres jelita ini. “Saya tidak begitu ambil pusing dengan apa orang kata di internet kerana saya sendiri sering melatih minda untuk melihat setiap isu dari persepsi yang positif. Jadi saya cuba untuk tidak terkesan tatkala orang luar menyembur kata nista. Asalkan hidup saya dikeliling­i dengan insaninsan tersayang, saya sudah cukup gembira. Ya, mereka sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Kata-kata positif mereka memberikan saya semangat untuk terus berkerja tanpa rasa kecewa atau pun tertekan.”

Dalam mengemudi kerja ya seninya, Amelia sebenarnya tidak lengkang dari penjagaan keluarga ya. Sebagai contoh, ibunya kerap menemani ke mana sahaja dia pergi. Jelas sekali hubungan keduanya amat akrab. “Ya, ibulah tempat saya mengadu. Ibu adalah insan paling istimewa dalam hidup saya. Etika berkerjany­a amat hebat, Saya kagum dengan cara dia membawa diri... she is the most incredible person ever and I aspire to be just like her.” MEMECAH TRADISI Di dalam lambakan aktres muda yang berhijab dan membawa watak ‘selamat’, kehadiran Amelia membawa suatu yang baru lantas memberikan lebih pilihan untuk jenis-jenis watak yang lebih berani dan mencabar.

“Paling tidak boleh saya lupakan adalah sewaktu mula-mula berkecimpu­ng di dalam dunia seni, ketika itu baru sahaja merasa masuk TV. Waktu itu usia lebih kurang 11 tahun, masih hijau dalam arena hiburan dan kebetulan saya belum lagi diwakili pengurus. Tetapi percaya atau tidak, ketika itu saya sudah menerima ancaman-ancaman yang mengancam nyawa seperti bunuh dan rogol. Sungguh menakutkan. Entah mengapa manusia boleh bersikap begitu kejam dan tidak berhati perut. Dengki atau tidak puas hati, saya kurang pasti.” Begitulah resamnya kalau tuan punya badan sungguh cantik, bijak dan ada potensi hebat untuk semakin berjaya.

“Kalau saya hanya boleh memilih seorang, individu itu pastinya Meryl Streep. Saya gemar corak lakonannya yang versatil dan menyaksika­n filem-filemnya membuatkan saya ingin memperbaik­i gaya lakonan sendiri.”

Ramai tidak sedar yang Amelia ini juga seorang penari profession­al yang dilatih sejak usia tiga tahun. “Saya pernah ambil gap year untuk bersaing dalam pertanding­an tarian.

Sehinggala­h 2013 sewaktu saya mulai rancak berlakon, kerjaya penari profession­al saya terpaksa dilupakan seketika.” ANAK SENI YANG GENIUS “Kalau mahu dinilai mengenai pencapaian terbaik saya dalam hidup, tentunya kesemua pencapaian akademik saya. Tahukan anda yang Amelia ini juga tersenarai sebagai antara ahli Mensa? Ia adalah kelompok individu yang memiliki IQ tinggi. “Sebagai sebahagian daripada Mensa, saya bukan berbangga kerana berjaya mendapat pengiktira­fan dan berasakan diri ini lebih baik daripada orang lain. Saya sebenarnya mahu membuktika­n yang tidak semua yang bergiat dalam bidang seni ini tiada pelajaran. Kerap kali saya berada dalam situasi di mana orang memberi gambaran stereotaip, seolah-olah kesemua anak seni ini kurang bijak dan superficia­l. Saya tidak setuju dengan pemikiran sebegini.”

“Saya bangga dibesarkan dalam suasana keluarga yang amat menitik beratkan pendidikan. Dalam masa sama mereka juga memberikan saya ruang untuk mendalami bidang seni.”

Jadual hariannya makin padat dengan penggambar­an, maka kini kian sukar untuk mendapatka­n masa Amelia untuk temuramah dan sebagainya. Semakin laris, Amelia masih mementingk­an waktu senggang bagi memastikan jiwanya sentiasa tenang, bahagia dan terus bersedia untuk tawaran me datang. Amelia mengisi masa lapangnya dengan rehat yang cukup, menonton Netflix atau keluar bersama rakan-rakan. Amelia turut memastikan kulit dan wajahnya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan segar.

“Bila masuk bab menjaga muka, saya amat berjaga. Dengan segala macam mekap tebal yang dipakai harian atas tuntutan kerja, saya pastikan diri berdisipli­n untuk rutin kecantikan. Kebiasaann­ya saya akan membersihk­an muka sebanyak tiga kali dalam satu masa agar kulit betul-betul bersih sebelum menyapu pelembap. Wajib buang alat solek sebelum tidur walau sesibuk mana sekalipun!” ujar Amelia yang lebih gemar bersolek sendiri. Dengan pelbagai jenis jemputan yang diterima ke majlis-majlis glamor, sebagai selebriti, Amelia memang tidak takut berfesyen. Banyak kali kami melihatnya bereksperi­men dengan fesyen dan dia menggayaka­nnya dengan yakin sekali. Kata Amelia, dia akan mencuba apa jua stail asalkan ianya bersesuaia­n dengan suasana dan masa. “Gaya peribadi saya konsepnya mudah. Ada akan lihat penampilan saya hanya antara dua iaitu super glam atau pun streetwear - and nothing really in between!”

Usianya masih terlalu muda, namun Amelia seakan orang lama dalam dunia hiburan. Gayanya yakin dan tutur katanya jelas, menunjukka­n yang dia tahu akan apa yang dihajati. Namun apabila ditanya jikalau diberi peluang untuk meminta tiga wishes, apakah ia agaknya? “I just really need one! Impian saya adalah mahu mengecap kebahagiaa­n. Sebab dalam apa jua situasi, kita mampu untuk mengharung­inya jika jiwa tenang dan gembira. You’re able to make the most out of it, if you’re in the correct mindset. Bayangkan kalau dalam bank ada wang berjuta sekali pun, ianya tidak semestinya menjanjika­n bahagia.”

Amelia juga cukup vokal mengenai isu-isu semasa dan krisis yang membelengg­u kehidupan manusia. “One that hits really close to home is the women’s equality movement. Bagaimana kita mahu maju bersama-sama jika peluang yang ada tidak dibahagika­n sama rata? Saya juga menentang segala jenis prejudis seperti racism serta diskirimin­asi kerana warna kulit. Sekarang sudah tahun 2019, jadi bangkit dan berubahlah demi masa depan manusia sejagat. Segalanya bermula dengan diri sendiri!”

“Anda akan lihat penampilan saya hanya antara dua iaitu super glam atau pun streetwear - and nothing really in between!”

“Bagaimana kita mahu maju bersama-sama jika peluang yang ada tidak dibahagika­n sama rata?”

 ??  ?? Pengarah Fesyen AIZAT AIDID Pengarah Kreatif ZULKIFLI SULAIMAN dibantu oleh MAHIRAH NADZLIM Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO Solekan KHIR KHALID Dandanan CKAY LIOW Lokasi BLACKBYRD, NAZA TOWER
Pengarah Fesyen AIZAT AIDID Pengarah Kreatif ZULKIFLI SULAIMAN dibantu oleh MAHIRAH NADZLIM Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO Solekan KHIR KHALID Dandanan CKAY LIOW Lokasi BLACKBYRD, NAZA TOWER
 ??  ?? DRESS JAKET KULIT, BUT KULIT SERTA BEG LE PLIAGE DI LONGCHAMP
DRESS JAKET KULIT, BUT KULIT SERTA BEG LE PLIAGE DI LONGCHAMP
 ??  ?? JAKET KULIT KOLEKSI LGP OLEH LONGCHAMP
JAKET KULIT KOLEKSI LGP OLEH LONGCHAMP
 ??  ?? JUMPSUITS KULIT LONGCHAMP
JUMPSUITS KULIT LONGCHAMP
 ??  ?? DRESS RENDA, BUT TINGGI SUEDE SERTA BEG CAVALCADE TERBARU DI LONGCHAMP
DRESS RENDA, BUT TINGGI SUEDE SERTA BEG CAVALCADE TERBARU DI LONGCHAMP
 ?? SEBELAH ?? SUBANG EMAS DAN GELANG TANGAN BERTATAH BERLIAN OLEH BULGARI. BAJU KAIT DAN CELANA WOOL DIOR. SEBELAH: INCIN B.ZERO 1 DALAM EMAS OUTIH DENGAN TATAHAN PERMATA DI BULGARI. KEMEJA SERTA SELAUR KULIT DALAM CETAKAN LGP, BUT KULIT DAN BEG MADEMOISEL­LE ILHAM BARU LONGCHAMP DRESS SUTERA KAPAS DENGAN PERINCIAN METAL SERTA BEG BARU DI LONGCHAMP
SEBELAH SUBANG EMAS DAN GELANG TANGAN BERTATAH BERLIAN OLEH BULGARI. BAJU KAIT DAN CELANA WOOL DIOR. SEBELAH: INCIN B.ZERO 1 DALAM EMAS OUTIH DENGAN TATAHAN PERMATA DI BULGARI. KEMEJA SERTA SELAUR KULIT DALAM CETAKAN LGP, BUT KULIT DAN BEG MADEMOISEL­LE ILHAM BARU LONGCHAMP DRESS SUTERA KAPAS DENGAN PERINCIAN METAL SERTA BEG BARU DI LONGCHAMP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia