GLAM (Malaysia)

Citizen of The World

-

Gaya hidup zaman ini, dari segi cita rasa hingga ke gaya pemakaian, rasanya sudah tidak lagi relevan untuk dibahagika­n kepada bandar dan desa. Konsep seumpama katak bawah tempurung seolah-olah tidak sesuai lagi untuk diguna pakai kerana dunia semakin mengecil dengan kewujudan media sosial. Malah masyarakat juga sudah tidak lagi janggal untuk kerap travel di dalam negara apatah lagi luar. Ya, minda makin terbuka.

Maka timbul kelompok jetsetter, melihat dunia dari persepsi serba mewah. Sebagaiman­a cover girl bulan ini, Amelia Henderson yang membawa peranan sebagai model, aktres dan hos; mendefinis­ikan semula stail kota menerusi koleksi Longchamp musim baru yang berteraska­n kembara dan kota. Amelia juga berkongsi strateginy­a dalam menakluki dunia hiburan tempatan tanpa menuruti acuan ciptaan umum. Jelitawan ini juga begitu versatil baik dari segi gaya pemikiran, pertuturan hingga ke stail peribadi lantas menjadikan­nya relevan pada setiap kumpulan penonton atau peminat.

Sebagai anak seni yang mewakili masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, Amelia contoh wanita Malaysia yang bergaya. Kerana setiap negara asalnya dikatakan memiliki gaya distinctiv­e yang tersendiri. Contohnya kita selalu disuap dengan idea yang wanita Perancis gayanya cukup bersahaja bersama koordinasi klasik maskulin, wajah bersih dan tampak disheveled dengan rambut malas. Manakala wanita Itali pula lebih bersiap - seksi dengan baju sendat, tumit tinggi dan kulit dilumur bronzer. Dan bagaimana pula agaknya dengan orang kita? Apakah gaya wanita Malaysia lebih konservati­f, prim and proper atau pun rojak and all about labels? Tepuk dada, tanya selera! suzieadnan@bluinc.com.my

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia