RETORIK

Angin Perubahan Industri Fesyen Di Era Digital

GLAM - - Ogos - SUZIE ADNAN MERUNGKAI CABARAN DUNIA FESYEN SEMASA DALAM MEMENUHI PERMINTAAN GENERASI MASA KINI.

Sudah sampai masanya untuk kita membuka minda dan mendengar apa yang generasi hari ini perlukan. Decision maker sudah beralih tangan dan aliran fesyen kini sudah jauh terarah dari laluan asalnya. Cara berkarya perlu diubah dan gaya pemasaran juga harus melalui suatu reformasi. Perubahan dinamik dalam lanskap fesyen masa kini amat jelas dirasai, baik dari arena tempatan mahu pun antarabang­sa. Dahulu, minggu fesyen di Malaysia ini bermusim. Tenggelam timbul mengikuti penganjura­n dan penaja. Namun paling gah kini dan yang berjaya menyatukan para pereka, jenama serta bakat- bakat fesyen terbaik adalah Kuala Lumpur Fesyen Week yang baru sahaja selesai berlangsun­g. Namun persoalan lapuk terus menjadi tanda tanya, benarkah industri fesyen Malaysia sudah setara dengan kota-kota serantau seperti Bangkok dan Jakarta.

Mungkin kerana ini juga, di peringkat luar negara, ada cakap- cakap orang mengenai apakah minggu fesyen itu masih relevan. Contohnya usaha untuk menyemarak­kan Minggu Fesyen New York sedang dilakukan secara berterusan akibat kebangkita­n era digital di mana, fashion show mulai dilihat seperti sebuah acara yang outdated dan terlalu komersial, apabila asas industri fesyennya sudah melalui suatu revolusi baru. Lagi pun, masa kini sudah jarang kita dapat lihat idea yang original. Dengan kehadiran bakat dan jenama yang disruptive, sengaja memotong jalan dengan pelbagai gimik dan stunt. Segalanya tercetus dengan kedatangan era digital.

Saya ingin selalu optimis apabila berbincang mengenai isu sebegini. KLFW menawarkan peluang dan pentas untuk membuat persembaha­n bagi ramai pereka muda yang kebanyakan­nya kini sudah pun bertapak kukuh sebagai establishe­d designers. Namun angin perubahan yang melanda pentas fesyen memberi kesan global, tidak hanya tertumpu dalam negara. Era digital merubah cara pemasaran lantas memberi impak hebat pada industri fesyen.

Milenial bertanggun­gjawab di atas trend di mana habit membelibel­ah banyak di habiskan di atas talian berbanding ke butik. Banyak label fesyen muda yang buat bisnes menerusi Instagram, tidak memerlukan lagi minggu fesyen. Ini kerana mereka tahu yang konsep perniagaan tradisiona­l sudah tidak boleh diguna pakai sepenuhnya apabila generasi baru sudah menukar arah tumpu ke skrin telefon pintar. Apabila segala urusan mampu diuruskan di atas talian, maka timbul hubungan secara tidak langsung antara jenama dan pelanggan di alam maya.

Dengan teknologi hari ini yang menghidang­kan artificial intelligen­ce, data analisis serta analitik, bukan sukar untuk meramal permintaan apatah lagi untuk meningkatk­an jualan. Media sosial memainkan peranan penting, secara tidak langsung pelanggan berasa lebih dekat dengan sesuatu jenama itu.

Ya, perubahan selera konsumer ini suatu yang cukup hebat hingga ianya membentuk semula acuan industri semasa. Para pelanggan kini mempunyai lebih suara untuk membuat keputusan mengenai apa yang relevan dan apa yang tidak, berbanding dahulu apabila label fesyen lah yang menentukan segalanya menerusi pementasan di minggu fesyen.

Trend membeli atas talian terus berkembang tanpa ada tanda untuk perlahan di tahun-tahun akan datang. Kerana itu, sesiapa yang mahu melabur bakat dalam dunia fesyen hari ini harus lah bersedia untuk melakukan integrasi teknologi seperti mengadapta­si teknologi baru serta berani untuk eksplorasi model perniagaan yang jauh lebih inovatif - tidak hanya menanti minggu fesyen untuk mula bergerak. Jika masih bergantung pada minggu fesyen, maka jauh terkebelak­anglah ketinggala­n. Meski couture sekali pun, lonjakan digital masih diperlukan agar seni artisan tidak terus berkubur.

Populariti dan nama juga amat mudah dikecapi tanpa perlu pentas formal untuk diberi pengenalan. Sesiapa sahaja boleh jadi popular di Instagram. Kita sendiri mungkin ada mengikuti akaun individu yang tidak kita kenali, bukan pula selebriti namun atas rasa ingin tahu, kita menuruti setiap muat naiknya.

Sama juga dengan bidang- bidang lain, antara contohnya kerja seni suara. Mahu suara didengari dan meniti populariti? Tidak perlu susah melobi diri di syarikatsy­arikat rakaman. YouTube ada sebagai platform percuma. Tidak perlu buat promos dan publisiti, kerana jika benar- benar bagus, ianya akan viral sendiri. Kerana itu juga, syarikat rakaman tidak boleh bergantung pada jualan album semata-mata apabila di zaman ini lagi boleh sahaja dimuat muat turun dalam beberapa saat.

Berbalik kepada industri fesyen, persoalan yang lebih besar adalah, apakah being disruptive is the new normal? Jika itulah corak permainann­ya hari ini, maka asahlah skil yang diperlukan agar kita tidak ketinggala­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.