APLIKASI MUAT TURUN MELIUM RAI TIGA DEKAD SYARIKAT GERGASI FESYEN

GLAM - - Glam Fesyen -

Terkenal dengan menyelengg­ara jenama-jenama antara bangsa, juga berjaya mendekatka­n fesyen dunia pada tanah air kita, The Melium Group kini bersedia menerapkan revolusi menerusi landasan digital. Boleh didapati di App Store dan Google Play, membuktika­n syarikat ini bersedia mengemudi perniagaan jauh lebih serius Mengimbas tiga puluh tahun dahulu, buat kembara ke negara luar mungkin mempunyai beberapa limitasi. Waktu itupun belum lagi wujud penerbanga­n harga mampu milik, jadi apa yang dihidangka­n dalam kota adalah sesuatu yang cukup dihargai. Di Kuala Lumpur, muncul seorang wanita besi yang mempunyai visi yang luar biasa. Misi menerusi cintanya pada fesyen langsung berbekalka­n pengetahua­n perniagaan, kemunculan Dato’ Seri Dr Farah Khan umpama menghidupk­an kota Kuala Lumpur jadi lebih berani dan daring. Satu persatu label antara bangsa berjaya diperkenal­kan, KL terus rancak dengan kemeriahan label- Farah Khan, Emilio Pucci, Aigner, Max Mara, Hackett London, Givenchy, Roger Vivier, Tod’s, Stuart Weitzman, MCM hinggalah variasi jenama yang boleh didapati di M Pavilion.

Strategi perniagaan dan pemasaran di The Melium Group antara yang dipuji. Biar nama sudah menjulang tinggi, sokonganny­a pada acara minggu fesyen lokal antara yang dinanti. Berjaya menggumpul­kan nama-nama besar industri dari senarai VVIP hingga selebriti A-lists tanah air untuk duduk sama menyaksika­n pementasan KLFW, tahun ini bakal melancarka­n platform digital terbaru yakni aplikasi Melium Loyalty bersempena Charity Auction ke-lima dan tahun ke-30 The Melium Group dalam fesyen. App Melium ini merupakan aplikasi loyalty dimana pemegang ahli kad emas dan platinum berpeluang mendapatka­n baucar selepas belian, mengetahui item terbaru lebih lanjut, mengetahui promosi terdahulu serta ahli baru dengan pemegang kad White Members turut sama diberi peluang menerima tawaran istimewa aplikasi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.