GLAM (Malaysia)

LANGKAH SERBA MEWAH

Langkah musim ini jauh lebih bergaya dengan variasi kasut ilham Hermes, daripada stiletto hingga ke but serta sneakers. Berpaksika­n konsep kemewahan yang unggul, koleksi ini lengkap buat aneka selera dan segenap cita rasa.

- OLEH SUZIE ADNAN GAMBAR HERME S

Rona alam yang riang dan ceria menjadi pilihan Hermes untuk koleksi kasut musim luruh. Bermula dengan sandal santai bertekstur, tapak lepernya berlapiska­n motif satin esklusif. Motif berkenaan dikembangk­an ideanya pada kasutkasut bertumit lain, dari kitten heels ke stiletto. Berkulit Nappa dari kualiti terbaik, tali pada bukul lali laksana ikatan skarf yang sungguh elegan lagi unik apatah lagi dengan jeritan warna meriah yang menceriaka­n musim dingin yang serba syahdu.

Beralih pula kepada kepada kasut bertapak platform yang lebih trendy, cukup mewah sekali tatkala tekstur baldu diilhamkan dengan kombinasi pelbagai tona. Visual soelaholah blok grafik yang diperindah­kan dengan sisi kulit Nappa yang diberi kemasan metalik. Stail tapak tebal ini juga tampil dalam gaya but buku lali. Material dari kulit anak lembu, suede serba fabric ribbed di bahagian atas, rekaan but berpanel ini memberi lebih karakter kepada si pemakai selain amat selesa.

But-but tinggi yang lebih praktikal pula hadir dalam stail klasik. Sama ada tapak leper mahupun bertumit rendah, butbut Hermes tampak mewah dengan kehadiran hardware berupa gancu. Bagi yang berjiwa sporty, anda boleh mencuba sneaker knit dengan motif unik. Cara memakainya pun mudah yakni sekadar slip- on sahaja. Warnawarna seperti hitam, merah serta jingga dan yang senada dengannya, jelas mendominas­i koleksi kasut Hermes musim ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia