FESYEN MEMO FESYEN

GLAM - - Ogos - OLEH AIZAT A IDID

Hampir 10 tahun sudah dah saya dalam dunia majalah, bukan hanya a perlu bijak menulis. Malahan rupanya, perlu erlu mahir dalam mengatur langkah agar tidak makan diri. Setiap momen, insan dan insiden yang saya lalui selama ini sering dijadikan peringatan dan ajaran pada diri. Rupanya, bukan hanya perlu tunjuk bakat dalam hal kerjaya, tetapi orang luar juga sibuk akan siapa yang sering kami dampingi. Maka, ada sesetengah ambil keputusan sendiri untuk menghakimi. Tanpa usul periksa, mereka lebih bijak mengaturka­n jawapan yang bukan saya sendiri zahirkan. Adakah ini memang esen sebenar dunia fesyen, cakap belakang dengan nada besar lebih gah! Perkara paling jelik adalah melihat bagaimana ada sekumpulan orang kuat fesyen jenama besar ini yang memilih mahu berkumpul dalam batalion tertentu sahaja. Pernah saya utarakan mengapa tidak mahu bekerja dengan orang lain, jawapan mereka amat mudah yakni sudah senang dengan kumpulan personalit­i yang satu ini serta tidak mahu menyinggun­g perasaan personalit­i pilihan mereka. Maka peluang lain ditepis begitu sahaja. Profesiona­lisme bukanlah asas pada segelintir orang kuat fesyen ini. Paling penting adalah pulangan yang mereka dapat, dengan hanya usaha yang sekelumit. Maka dengan hanya mahu bekerja bersama sekumpulan personalit­i sahaja membuatkan jenama fesyen mereka ini membosanka­n. Lantas, majalah juga ga sering kali dihiasi oleh wajah-wajah yang diluluskan luskan oleh pejabat utama mereka. Biarpun saya a dan pasukan editorial cuba memberikan n nama lain, namun masih tidak dapat diterima rima oleh pihak atas. Percayalah, kami sendiri i juga letih melihat wajah yang sama. Namun, mun, selagi orang kuat jenama fesyen masih asih tidak bersifat saksama, maka terimalah anda nda melihat personalit­i yang sama saban bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.