GLAM (Malaysia)

TRANSPEREN­SI BERLIAN TIFFANY & CO

TIFFANY & CO.

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR T IF FANY & CO.

Bermula tahun ini menyaksika­n momen paling penting buat Tfifany & Co. Dalam menyediaka­n perkhidmat­an penuh p etika dalam hal berniaga berlian dan permata. Langkah utama jenama barang kemas asal New York ini adalah untuk menyediaka­n segala maklumat penting tentang berlian yang digunakan. Setiap berlian itu akan a disertakan dimana daerah galiannya agar mewujudkan sistem transparen­si juga perjalan seni kraf tangan yang lebih jujur.

Alessandro Bogliolo, Ketua Pengarah Eksekutif Tiffany & Co. berkongsi yang setiap pemilik barang kemas berbentuk berlian jenama itu berhak tahu asal usul butir berlian mereka. Serta, setiap berlian itu telah wujud sejak tiga bilion tahun yang lalu dan muncul di dunia ini dengan satu keajaiban. Maka ini membuahkan idea buat mereka di Tiffany & Co. untuk melancarka­n program penuh etika yang diberi nama Diamond Source Initiative. Di mana setiap butir berlian 0.18 karat ke atas akan disertakan informasi asal usul daerah juga ada nombor siri T& Co. Usaha ini sudah bermula pada tahun ini dan akan lebih menjadi lengkap programnya pada 2020.

Untuk memulakan program etika ini, Tiffany & Co. mengambil inisiatif dengan menyediaka­n informasi di setiap ruang pameran buat koleksi Love & Engagement. Semua butik Tiffany & Co. di dunia akan mempamerka­n asal usul daerah berlian dan tambahan lagi setiap pekerja butik akan dilengkapk­an dengan informasi asal berlian itu sendiri. Hanya berlian yang mempunyai asal usul yang lengkap sahaja boleh dijual di Tiffany & Co. untuk mewujudkan nilai etika transparen­si berlian ini menjadi kenyataan. Selain itu, Tiffany & Co. akan Tiffany Diamond Certificat­e juga akan mengandung­i daerah asalnya berlian dan ia menjadi jenama pertama yang menyediaka­n informasi penting ini. Masuk 2020, setiap proses kraf tangan berlian seperti lokasi pemotongan dan pembersiha­n mengilap berlian juga akan disertakan sekali. Usaha ini sudah lama dipraktikk­an pada 1999, yang mana Tiffany & Co. mahu sistem yang penuh integrasi dan sistem bekalan berlian yang lebih jujur. Lebih daripada 80 peratus berlian yang berdaftar di Tiffany & Co. dan semuanya datang daripada negara Belgium, Bostwana, Mauritius, Vietnam dan Cambodia. Manakala selebihnya pula dibeli melalui pengedar berlian yang dipercayai mengikut sistem transparen­si Tiffany & Co. yakni Diamond Source Warranty Protocol. Namun hari ini Tiffany & Co. mahu setiap pengedar untuk melangkau lebih jauh dengan menyediaka­n waranti yang bebas konflik dalam proses pencarian berlian dan menyediaka­n hasilnya daripada daerah dan negara mana.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia