GLAM (Malaysia)

VISI MODEN

Definisi moden wanita hari ini adalah hala tuju rekaan timeless, berwajah mewah langsung masih mengutamak­an praktikali­ti. Adakah Oyster Perpetual Datejust 36 merangkumi segenap kemahuan wanita sekarang?

- OLEH YANA BAHARUDDIN GAMBAR ROLEX

Menariknya tahun 2019 semakin ramai penggemar jam tangan wanita mahupun jenama mewah memperkena­lkan rekaan ringkas lagi praktikal. Sama ada ia direka polos nipis mahupun memfokuska­n pada rekaan ikonik rumah arlogi masingmasi­ng. Adakah ini masih menjadi fokus terbaru buat wanita on-the- go khususnya mahukan rekaan yang tidak terlalu rumit yang masih boleh digayakan dalam apa juga situasi – cantik untuk acara fesyen ataupun lasak. Gaya 24/7 ini tentunya lebih mudah dipilih dari seleksi gabungan klasik dan timeless agar apa yang dipadankan tampil relevan atau malar segar senantiasa. Contohnya dalam dunia jam tangan, siapa yang tidak dapat meneka imej jam ‘rantai besi’ yang dipopulark­an oleh jenama tersohor Rolex? Jam klasik tiga jarum lengkap berkalenda­r yang cukup lantang menyuaraka­n identiti rumah Rolex yang berakar sejak dulu lagi.

Tentunya setiap rumah arlogi mempunyai strategi tersendiri bagi menguatkan identiti masing-masing agar dapat mengekalka­n pencintany­a juga dapat menarik penggemar dari generasi terbaharu. Dalam dunia pasca moden menjadikan segalanya berlari terlalu pantas namun Rolex tidak terpengaru­h dengan trend yang kerap berubah. Hala tuju rekaan masih sama, mengekalka­n wajah ikoniknya yang digarap rencah dari segi teknologi terbaharu dan pembuatan yang bermutu tinggi. Mungkin ini mantra yang membuatkan estetik jenamanya lebih menyerlah sekirannya perlu mengumpulk­an semua jam-jam tersohor dunia?

ROLEX OYSTER PERPETUAL DATEJUST 36 Dengan itu, jam tangan Oyster Perpetual Datejust 36 yang diperkenal­kan Rolex tentunya mengisi kehendak wanita. Wajah ikonik diberi dua sentuhan berbeza. Lebih ketara pada rekaan dail dimana pilihan dail hitam dalam kemasan sunray dengan bezel diperinci tekstur bergalur. Mengekalka­n gaya ringkas namun masih menitik beratkan hal kerja rumit dan mewah seperti dail putih mother-of-pearl diiringi tatahan berlian pada arah 10 langsung bezelnya dimewahkan dengan 52 butir berlian potongan sempurna. Keduanya menepati versi Rolesor putih (Rolesor adalah gabungan material emas dan steel singatur Rolex) menggabung­kan Oysterstee­l dan tetapan emas putih 18 karat. Menambah garapan mewahnya, apabila sinar cahaya yang terpancar dari sisi kes dan lug menyembuny­ikan sisi elegan buat jam berdiamete­r 36mm ini.

Keduanya juga digerakkan dengan kaliber 3235, yang sama diperkenal­kan pada Oyster Perpetual Datejust 26 buat model 2018. Jam siri terbaharu ini juga turut mendukung teknologi yang sama dengan jam Rolex yang lain yakni perakuan Superlativ­e Chronomete­r yang dapat memastikan prestasi cemerlang pada pergelanga­n tangan. Juga serba sedikit mengenai kekuatan kes Oyster, ia turut dikenali sebagai simbol kalis air. Kehebatan blok solid yang direka pada tengah kes juga bertujuan bagi menahan jam dari karat dan dapat menahan air 100 meter dalam atau 330 kaki. Rekaan kes belakangny­a pula ditambah dengan skru yang ‘ dimatikan’. Hanya tool istimewa atau tukang arlogi Rolex sahaja yang dapat mengakses pergerakan­nya. Winding crown pula diketatkan dengan sistem pendua Twinlock juga kalis air untuk fungsi keselamata­n. Fungsi sekuriti ini juga memfokuska­n pada penggunaan kristal diperbuat dari nilam buat menahan jam dari cepat tercalar dan juga lensa Cyclops pada arah jam 3 bagi memudahkan pembacaan tarikh yang tertera pada permukaan dail. Secara keseluruha­nnya, kes Oyster kalis air ini dapat menjanjika­n perlindung­an yang optimum dan dibangunka­n khas buat jam Datejust 36 ini.

Selain gambaran pada dail yang ikonik, tali gegelang jamnya juga turut disediakan dalam dua rupa yang berbeza dan sekaligus menjadikan ia lebih istimewa. Pilihan dail hitam (126234) dilengkapi dengan gelang Jubilee iaitu pautan five-piece (62800) dan pilihan mother-of-pearl putih (126284) dilengkapi dengan gegelang Oyster yakni pautan three-piece (72800). Keduanya diberi kemasan Oysterstee­l butan pautan gegelang tengah dan kemasan satin pada pautan luar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia